Wednesday, November 29, 2017

Why Do I Think That I Am Better Than The Rest?

Assalamualaikum and A Very Good Day,

Its a little quiet in the office.. and its lunch hour now. And its worth mentioning, congratulations to Nuffnang on their first edition of Crunch magazine https://www.nuffnang.com.my/magazine Check it out and enjoy the magazine.

Now, coming back to my rant, while I was going through Crunch, they have this section Talent Scout - Influences Under Your marketing Radar. It speaks of successful bloggers such as Cik Epal http://cikepal06.blogspot.my/, and you tubers such as Elcah and the lots. I am sure some of us have read their blogs or seen their youtube channels. We can certainly see that they have their own forte and style in making their pages or videos success stories. For instance, when we look at Cik Epal, she speaks of simple things in life and on top of that, she has a list of recipes and some travel logs she went on. Elcah speaks on beauty.. make up techniques, methods of wearing scarfs and many more. They have spoken of things that may seemed normal and  cliche or even stuffs we may already know but reading or watching their thoughts could refresh our minds on the life we would be missing or what we could do to improve our lives. Definitely there are many more bloggers and vloggers who are well established and shall go on to contribute to their thoughts for the benefit of some of us, if not all. When I look at them, I admire their work. It does not matter what they talk about or what their thoughts are. The point is, they spell their thoughts out right in a manner that it captures the audience. One may not have to agree with their thoughts but one has to agree that these people can speak out in public, which many of us can't do well. me included. 

There are also people who are close to me - cousins, friends and acquaintances who are successful in their own ways. Some are engineers, corporate figures, public figures, entrepreneurs, lecturers, PhD holders, trainers, accountants... you name it. they are everywhere making good money and a good life. Compared to them, I am a nobody. Yes, I am envious of them BUT not in a bad way. I don't have bad intentions. My envy is simply to boost up my spirits and to tell myself that I am capable too. Most of the time, successful people like those I know had to begin somewhere.. nothing comes easy, except for those few lucky ones. Its all about blood and sweat. I spoke to many of them, its all the same story line. I however, have yet to really find someone who would be my mentor for I realize I may not be worth their time. It does frustrates me at times, to see those successful people being up there while I am left down here. Then again, I do realize, even in akhirat, no one will help me. Maybe Allah is telling me to work through life alone; but I know, Allah is with me. No one promised me an easy life. So I have to pull my socks up and get to work instead of whining like a small boy.

There are also people who are successful as far is being an Islam is concerned. Though it is for Allah to decide who is or not successful, as His servant, I have an obligation to be His servant as best as I can. The one thing I envy is to those who and memorize the Al Quran. It is the only book we Islam hold on to. It is the only book of life and the only law that is in accordance to the human norms. I would someday, like to be able to read the Al Quran perfectly, if not, be able to memorize it. I know it is up to me to improve my ibadah and leave the wrongs. Allah did not make it difficult for us Islam to practice Islam. It is just us, humans who procrastinate and do not take Islam seriously. O Allah.. please help us be your servants as you have desired.

So, why did I say "Why Do I Think That I Am Better Than The Rest?" Well, to put it in a right perspective, I don't think I am better than many of them. In fact, I am humbled with the fact that I am still way backwards in many sense. This may be the wake up calls that I need to heed to and buck up. I thank those who have been supportive and shall do my best to not fail you and also myself.

Thank you
 Mohd Shazman

Monday, November 27, 2017

Jangan La Negatif..

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera

Dah lama rasanya aku tak hantar kereta aku untuk dicuci. So, aku pun singgah lah tempat membasuh kereta. Sambil2 tu, melayan la celoteh kejap. Aku pagi ni nak bercakap tentang sikap2 negatif.. sombong... buruk sangka... cepat marah... menyalahkan orang lain dan sebagainya.. Cuba kita tengok. Apa punca sikap2 negatif ni... siapa yang pemula sikap2 negatif ni dan apa kesannya.

Aku tengok, punca2 sikap negatif ni, semua dari dalam diri individu tu sendiri. Senang cakap, segalanya berpunca dari fikiran minda yang kurang dipakai berbanding perasaan. Perasaan yang macam mana? Yang paling utama, ego. Tak mahu memperakui kesilapan sendiri. Yang asyiknya, orang lain yang nak disalahkan. Walhal dia sendiri yang silap. Benda2 kecik diperbesarkan. Benda yang tak perlu diambil pusing pun diheboh2kan. Dalam hal ni, bukan la setinggi mana kita belajar. Ini lebih kepada pembawakan diri kita, cara kita dibesarkan. Kadang2 orang yang ada lepasan ijazah pun tak boleh nak kawal emosi. Bila ada kekurangan sikit, mula la nak marah, meroyan, melenting tak tentu hala.. tak termasuk la kata2 kesat yang dilontarkan... sampai doakan kita mampos pun ada... tak pe lah... Allah maha adil.. biar Allah je settlekan. Kita redha sudah..

Bila hati dah mula dikuasi ego dan akal sudah tak dipakai, maka mula la hati kita makin rosak. Mula la timbul sikap sombong, rasa diri sendiri betul semua.. apa yang dibuat serba betul dan orang lain semua salah.. Orang2 macam ini lupa.. setiap kali jari telunjuk ditunding kepada orang lain tiga jari lain akan menunding kepada diri sendiri. Sebab itu, setiap kali kita nak tunjuk orang lain salah, kaji diri sendiri balik. Kalau dah tahu diri kita tak sempurna, jangan la nak cari salah orang lain. Walaupun memang orang lain salah, tengok la apa kesalahannya.. kalau benda2 kecik, tak payah la panjang lebar sengketanya... maafkan and move on...

Satu lagi perasaan negatif yang sering kita rasa, sama ada sedar atau tidak, bersangka buruk. maknanya, kita ni sering merasa betul memanjang dan orang lain semuanya salah. Contoh la, baru2 ni kan ada kes keretapi tergelincir di Stesen Komuter Bank Negara. Allahuakbar.. dugaan sungguh bari penumpang2 tren pelbagai jenis. nak gi kerja susah, nak balik kampung pun sangkut. Tapi ada netizen yang maki hamun Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pasal kejadian ni. Dikatakan staf KTMB ni pemalas la.. tak reti buat kerja la. Hey... look here you haters. NO ONE wanted this to happen. Nama pun kemalangan... accident. Ingat KTMB suka2 ke nak terbalikkan keretapi dia orang? Berapa banyak KTMB rugi kena bayar macam2 pampasan? Lost of revenue, korang ada fikir? Seriously la eh, netizen2 macam ni yang jadi perosak negara. Cyber trooper pembangkang jangan cerita la.. memang pemusnah negara. Ni netizen2 yang konon bijak komen tapi bodoh dalam memberi idea2 bernas. Apa yang korang tahu tentang railway management? Apa yang korang tahu tentang geology kawasan kemalangan tu? Tak de kan? Tak payah la berlagak pandai sebab boleh dapat info sikit2 dari dalam facebook and whatsapp group korang tu. Simpan dulu kebodohan korang tu...Why not just terima keadaan and biar pihak KTMB betulkan keadaan? Apsal? Keretapi tak jalan, korang yang mati ke? Banyak lagi alternatif nak commute on land la.. Jangan kasi alasan2 bodoh.

Dah cukup aku membebel today... till next time

Wasalam
Mohd Shazman

Wednesday, November 22, 2017

Dari Saya Untuk Parlimen

Assalamualaikum dan selamat pagi

Salam sejahtera dan Salam Satu Malaysia

Macam ahli parlimen pulak ye... Tapi memang pagi ni aku nak bercakap tentang sidang parlimen pada pagi ni 22 November 2017. Apa pun aku rasa happy lak kerja kat office baru ni. Pagi2 boleh bukak tv layan sidang parlimen sambil nikmati kopi o dan biskut kering.

Ada beberapa perkara yang aku perhatikan dalam sidang2 parlimen hari ini dan sebelum2nya. Pertama, tentang sikap Ahli2 Yang Berhormat. Dari dulu aku perhatikan, ada sahaja Ahli2 Yang Berhormat yang masih belum dapat mengawal diri dari segi emosi. Aku cukup tak paham.. sedangkan Ahli2 Yang Berhormat terdiri dari mereka2 yang 'sepatutnya' berpengalaman luas, ada yang berpendidikan tinggi, berstatus tinggi dalam masyarakat... namun bersikap seperti budak2 sekolah rendah. Terjerit2, terpekik2, menggunakan kata2 yang ada masanya tak mencerminkan peribadi seorang Yang Berhormat.Kenapa perlu emosi? Ahli2 Yang berhormat semua duduk di dalam sebuah 'Dewan Yang Mulia' bagi bertanya dan membahaskan isu2 berkenaan rakyat dan negara, maka kenapa tidak berkelakuan sedemikian (haaa.. kan dah bahasa aku berubah.. hahahaha). Ahli2 Yang Berhormat semua kena ingat, you are representing us, the rakyat. why not represent us in a manner as how you should behave and act in public and show us good examples of being a rakyat?

Yang keduanya, ada persoalan dalam parlimen tadi "Apakah usaha2 kementerian untuk bekerjasama dengan NGO2 bagi membenteras gejala dadah di kalangan rakyat khususnya para remaja... " 
WHAAATTTT!!! Soalan ni eh.. aku dah dengar baaanyak kali, tak kira la di mana pun, termasuk dalam parlimen. Look people... tak mungkin ada satu kerajaan di dunia ni yang boleh membasmi gejala dadah ni. Tak mungkin akan ada satu negara yang benar2 bebas dari dadah. sikit pun mesti akan ada. Tak ada sesiapa pun yang boleh bagi satu formula bagi membuang najis dadah ni.    Kalau nak kurangkan, boleh TAPI kena bermula dari rumah la. Kita terutamanya ibubapa, kena la main peranan. ini tidak. anak kiat buat salah, kiat yang tak perihatin, kerajaan yang disalahkan. Sejak bila nama anak2 kita jadi berbin / bintikan Malaysia? Dah sah2 anak2 kita berbin / bintikan kita.. tanggungjawab utama kita la nak jaga2 anak2. Habis2 pun, mungkin ahli keluarga terdekat la kalau nak bantu pun. selainnya tanggungjawab kita. Masaalah dadah, gejala sosial, even persekolahan anak2 kita, kita yang tanggungjawab. 

Akhir sekali, yang ni isu paling aku ingat. Soal gelandangan. Ini pun cerita lama yang sepatutnya tak diperbincangkan dah. "Apakah bentuk2 sokongan dan tindakan yang dirancangkan oleh pihak kementerian bagi mengatasi masaalah gelandangan ini" Eh hello. Gelandangan.. why are you here in the first place? Aku bukan menghina orang susah. aku pun orang susah jugak BUT majoriti orang gelandangan ni semua sihat2. Tapi nak hidup free, makan free. semua nak free. Orang kasi duit, kau ambik. Orang kasi makan kau sebat. Siap boleh guna phone tapi kerja tak nak. Boleh pulak cerewet bila orang kasi makan.. "Muak la makan ayam hari2" ni kata2 yang aku sendiri pernah dengar. Isunya, majoriti gelandangan ni pemalas. Eh... sorry. Kasar eh? Memang aku nak guna kata2 kasar. Gelandangan ni majoriti pemalas. YES. Sanggup korang duduk merempat sedangkan banyak peluang kerja yang diserahkan dengan mudah kepada orang asing. Lepas tu komplen hidup susah la.. tak de rezeki la.. Soalnya, koramg usaha ke tak? Orang asing boleh duduk rumah kecik, kerja bergaji kecik tapi masih lagi berusaha.. Jap... dia orang ada jugak rumah tempat berlindung. Gelandangan  hado? Tapi itulah. kalau dah degil, apa nak dikatakan? teruskan la bergelandangan.

Bukan aku nak menghina atau memperlekehkan sesiapa, just wake up la everyone, menteri, parents and gelangangan..

Wasalam
Mohd Shazman  

Tuesday, November 21, 2017

Ada orang kisah?

Assalamualaikum.. good morning..

Salam sejahtera...

18/11/2017 tarikh yang menyedihkan.. mak saudara aku, Hjh Jamilah Bt Ahmad telah teinggalkan kami semua dan kembali kepada yang maha Pencipta. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.. Al Fatihah..

Ketika talkin, ustaz ada menyebut seperti yang kita tahu, bila dah masuk kubur, yang betul2 kita bawa adalah berapa banyak amal kita selama hidup di dunia. Banyak atau sikit, hanya Allah SWT yang tahu. Yang lain, semua yang kita usahakan selama hidup di dunia ni, akan kita tinggal. Tika talkin tu aku dengar je la. Lepas dah kebumi siap senua, aku balik la rumah.. rehat. Then aku mula terfikir.. kalau aku kaya.. rumah ada 5 buah, kereta 10 buah dan sebagainya... masa aku hidup di dunia ni.. apa yang aku dapat? I mean... perlu ke aku pada semua tu untuk kegunaan harian aku?

Then, aku cuba bayangkan aku betul2 dalam situasi tu. Rumah aku banglo 7 bilik berharga RM 4 juta. Wow.. besarnya.. tapi perlu ke? Kalau condo 4 bilik berharga RM 800 ribu pun aku boleh hidup, kenapa aku perlukan banglo 4 bilik? Kalau aku perlukan sebuah SUV berharga RM200 ribu, kenapa aku nak beli kereta exotic berharga RM 2 juta? Baik lah.. dari nilaian atas, kalau aku bersederhana dan aku ada lebihan RM 5 juta.. dan aku simpan RM 2 juta untuk aku enjoy dengan orang2 disekelilingku. RM 3 juta pulak aku gunakan untuk kerja2 kebajikan. Tak kiralah derma ke, hadiah ke atau apa saja, bukankah semua tu saham akhirat? Even kalau RM 3 juta tu dibahagi RM 100 ribu, 30 orang / keluarga boleh aku bantu. Kalau salah satu dari 30 orang / keluarga yang aku bantu tu ada yang menjadi hafiz Al Quran, agaknya apa yang Allah nak bagi pada aku?

Ok, kita baca petikan dari salah satu group whatsapp aku

*INFAQ PEMBUKA REZEKI.*
Nabi SAW telah bersabda,
 *"Berinfaqlah dan jangan kamu berkira-kira (kedekut)  kerana nanti Allah akan berkira-kira kepadamu dan jangan kamu bersifat kikir kerana nanti Allah akan menyempitkan rezekimu".*
(HR: Al-Bukhari dan Muslim )

Namun, di zaman material ni, mampu ke manusia yang Allah pinjamkan kekayaan mampu bepisah dengan kekayaannya? Mungkin aku yang miskin ni boleh berkata "sepatutnya boleh". Tapi orang yang memang dah pegang kekayaan akan berkata "mana boleh.. nak kaya macam aku, usaha la sendiri (belum kira usaha dia tu cara yang Allah redha atau sebaliknya)".  Aku boleh la dikatakan miskin kota.. tapi disekeliling aku, ramai yang kaya raya, jutawan malah rakan2 yang dulu sama miskin dengan aku tapi sekarang dah jadi kaya. Kadang2 dalam keadaan terdesak, aku ada la minta bantuan.. jawapan standard "aku tak cukup la".. tapi kita tahu, banyak betul duit dia. Ada jugak kawan2 aku cakap.." apa la Man.. waja tu jugak kau pakai.. beli la kereta baru". Allah.. aku teringin betul la nak beli kereta baru.. apakan daya, nak maintain waja aku pun kurang mampu. Inikan kawan suruh beli kereta baru. Tapi hairan.. dia tak nak pulak offer nak bantu aku perelokkan balik waja aku tapi boleh pulak beli kereta harga setengah juta.. tunai pulak tu..

Tapi tak pe lah.. bukan manusia yang beri aku rezeki atau kesenangan tapi Allah SWT. Dah bertahun2 usaha, kalau Allah nak permudahkan, maka mudahlah urusan2 aku.. in shaa Allah.. so.. jom mula kerja untuk hari ni, sehingga di lain masa..

Wasalam
Mohd Shazman

Monday, November 13, 2017

Thought of the day

Assalamualaikum all.. and a very good day

Happy Monday to all.. amacam.. dah kena ke Monday blues? Hehehe.. today .. 13 November 2017.. sehari selepas ulang tahun my precious lady... Yup.. Hari Jadi Mak.. yang ke.... 70!! Wow.. dah upgrade ke 7 series dah mak aku.. Happy Birthday Mak (again). Semoga Allah terus melindungi dan memberkati mak.. you will always be the queen of my heart. Love you so much, Mak. No words can say how much I am indebted to you.

Ok.. sembang sikit apa yang dah jadi sepanjang ni...

Right.. PT3 dan SPM dah berlalu.. atau hampir berlalu. Semoga anak2 kita ni akan beroleh keputusan diharap2kan, bukan oleh kita parents ni tapi mereka2 yang ambik exam. Ye lah.. masa depan dia orang kan? Semoga mereka semua akan terus cemerlang and terus gemilang. Tapi sementara dapat result ni, apa yang dia orang ni nak buat? Tak kan duduk kat rumah je.. layan tv atau phone...? Aku tak la kata kita mesti suruh dia orang buat apa yang kita nak dia orang buat. Cuma kita boleh tanamkan minat dalam dia orang supaya buat sesuatu yang berfaedah. Mana tahu. Ada yang minat bekerja, berniaga atau menimba ilmu sendiri.. tak kira la ilmu apa pun.. yang penting, kita sebagai parents ni pantaulah kegiatan anak2 kita. Jangan dibiarkan saja anak2 kita.

Cerita lain, semalam member baik aku call aku.. memang selalu dia call aku pasal kerja. Semalam pun... tapi lepas tu dia cakap kat aku pasal rumahtangga dia. Ye la.. aku memang tahu masaalah rumahtangga dia dari dulu. Cuma semalam bila dia cakap, dia macam give up on everything. Basically, problem dia ni mula dari sekolah dulu.. masa form 5. Dia ni brilliant.. genius.. tapi Allah tarik nikmat kesihatan dia. So dia tak dapat pi belajar tinggi. Hidup dia mewah coz bapak mak dia kaya.. alhamdulillah. Kalau tak, dia dah lama teruk. Problem dia is bini dia. Bini dia nak tinggalkan member aku ni semata2 sebab member aku ni not really normal.. ye lah. Dengan sakit dia, dengan overweight dia... macam2 lagi la. Tapi nafkah duit semua cukup member aku ni bagi kat anak bini dia. My point is, masa baru nikah pun pompuan ni dah tahu dah sakit laki dia..  kenapa baru sekarang kau nak tinggalkan laki. Member aku ni memang labur banyak to make his wife as happy as possible. Salah ke kau sebagai bini jaga laki kau habis2an. Ni ada hati nak tinggalkan laki kau sebab maybe member aku ni tak sihat and kurang bagi nafkah batin. Really not fair for a wife to treat such. Bagi aku la.. dalam kes ni, bini dia tak patut la tinggalkan suami dia.. suami kau hanya sakit, bukannya buat salah apa pun.. bukan ke Islam mengajar para isteri to be at the husband's wife so as long as the husband does not go astray from his akidah? Tapi ye la.. rumahtangga orang, apa hak aku campur walau tu sahabat baik aku... sad..

Well.. I guess that's about it... a little reminder to myself and you too, stay safe, play nice and be kind..

Yours truly
Shazman

Tuesday, October 31, 2017

Celoteh Bajet 2018

Assalamualaikum.. and a good day

Sambil2 layan kopi O kat kedai mamak ni... kita sembang - sembang la kejap. Lagi pun tengah sejuk hujan ni, ilham pun mari...

Ok.. cerita sikit pasal Bajet 2018 yang dibentangkan oleh YAM Perdana Menteri. Memang bersahaja je cara dia, siap hentam pembangkang depan2. Memang aku suka la. Tak main la hentam belakang.. Anyway, kesimpulan intipati pembentangan boleh la kita buat macam ni..


Ok.. kita tengok ada banyak imbuhan yang kerajaan bagi pada pelbagai golongan rakyat. kakitangan kerajaan, para pesara, orang kerja sendiri, pekerja swasta.. semua ada imbuhan masing2. 

Ok.. kita tengok lagi...                         



Hah... ada lagi... setiap anak lahir 1/1/2018 dan seterusnya, akan dapat RM 200 sebagai Dana Tabungan Permulaan..  Ni ada pulak pihak cakap BN tiru dia orang yang dah lama implement benda ni... SO WHAT??? Orang ambik idea kau, benda baik.. ada manfaat pada rakyat, kau cakap Alhamdulillah... bukan nak mendabik dada cakap orang tiru kau. Politician jenis apa korang ni...  and bagi sektor swasta, ibu bersalin dapat 90 hari cuti, sama dengan kerajaan. Good. ok apa... ada siapa2 nak komplain?

Seterusnya...


Yang ni pun kerajaan Malaysia nak beri pada rakyat. INI PUN ada pihak kata kerajaan mansuhkan ke dua - dua tol di Selangor ni sebab memang dah tamat tempoh konsesi. Hello.. konsesi tamat pada 2038 daa. Kasi habis baca sekolah dulu...  lagi 2 tol di Johor dan Kedah pun akan dimansuhkan. Tak cukup lagi? Ok.. DSN up lagi...


Kadar cukai pendapatan pun dikurangkan. Yang ni golongan high income pun merasa potongan. Lagi mau komplen ka? Yang pendapayan rendah macam aku ni, confirm2 tak kena cukai. 

My point is simple. Apa yang kerajaan mampu beri pada kita, kita terima dengan syukur la.. how much can you demand pun? Jangan la banding kerajaan NEGARA Malaysia dengan kerajaan NEGERI Selangor atau NEGERI Pulau Pinang. Itu dua kerajaan negeri tadbir negeri masing2. Kerajaan Malaysia tadbir seluruh Malaysia TERMASUK SELANGOR DAN PULAU PINANG.  kedua2 negeri ni pun makan hasil dari infra yang kerajaan Barisan Nasional dan siapkan lama dulu. ada la sikit pembangunan yang kerajaan pakatan buat. itu pun pembangunan yang banyak sia2. 

Pulak tu, banyak mana sangat la kita nak expect kerajaan bagi? Br1M tiap bulan? Lemak la rakyat Malaysia.. confirm ramai tak nak kerja.. sebab aku tahu orang Melayu ni ramai yang pemalas. Cukup syukur la jugak kerajaan nak bagi.

Ha.. jap.. last... soalan paling best "Apsal dulu boleh je banyak subsidi, sekarang tak boleh?" ok.. ni abang long nak kasi jawapan. Dulu, berapa komoditi atau punca hasil negara kita ada? Padi, getah, minyak kelapa sawit, biji timah, emas pun ada. Sekarang ni? Beras kita impot. Getah.. orang banyak pakai getah sintetik. Minyak kelapa sawit masih dikecam oleh pihak barat yang nak lakukan minya soya dia. Biji timah dan emas... eerrrr... fikir sendiri la. Now just harapkan minyak. tu pun berapa tong sehari? Keluaran kita tak la sebanyah Arab Saudi untuk kita nak kawal harga minyak. Jenuh la kerajaan Malaysia nak bagi subsidi semata2 nak puaskan hati rakyat. Lepas tu banyak mana kerajaan nak tanggung hutang macam Jepun, Italy dan Singapore? Sebab tu ada GST nak tampung kekurangan pendapatan ni. Sebab tu subsidi dikurangkan (berapa lama orang Malaysia nak hidup ngan subsidi?). Jangan main hentam kerajaan je semata2 rasa tertekan. Pandang sekeliling. Bijak sikit dalam membuat perbandingan dan membuat penilaian. Cuba la belajar menjadi manusia beradab yang bijak supaya Malaysia kurang sikit ada orang - orang yang tak bertanggung jawab ni.

Till then

Wasalam  

Shazman





Sunday, October 29, 2017

Pathetic Uncle Liew


Assalamualaikum.. hello one and all..

Alas.. the time has come for Malaysians to be on their toes again.. Ya.... pembentangan bajet akan tiba lagi.. Jumaat, 27 Oktober 2017. Kali ini, Pembentangan Bajet 2018. Tapi standard la.. puak2 pembangkang ni memang tak akan puas hati punya, termasuk la apek sorang ni... jom kita listen to what he wants to say...




Ahaaaa... ok... ini uncle punya nama Liew Chin Tong... DAP.. Ahli Parlimen Kluang JOHOR.  DAP punya National Political Education Director. Wow!!! Banyak besar la lu punya pangkat uncle. Ok la.. sekarang uncle Liew. I want to answer ALL you points.

Mula - mula you asked, Is the Malaysian econony ok? Do you feel it? Uncle.. you can give me all the facts and figures la.. that's all on paper. We live  a real world. Look around you la. People are enjoying life. Doesn't matter who or what they are... people are working, spending, travelling and doing all sorts of things in life SPENDING MONEY. It's only people like you who are telling the rakyat and instilling in their minds that the economy is bad, poor or sluggish.. whatever you call it. 

Ok..moving on... point number one.. GST. Aiya uncle.. listen here.. after GST implementation, more tax is collected because there were so many tax evaders particularly those self employed. Don't live in denial la uncle. You and I know this was rampant during SST days. So now, with GST, everyone has to pay. But GST is not all that bad. You tell me la where Malaysia is suppose to get funds to run the country. Don't come and tell me from oil. I have to give you a long lecture on that. Point is, we need GST to run the country. Heck, even your bosses are saying GST should be implemented (whatever zero rate means...), and you are saying GST is bad? 

Second, Malaysian Ringgit went down. So? How many Malaysians are affected by this? How many Malaysians actually have to face the fall of ringgit? You feel the pinch because you travel or use foreign services and goods? Use Malaysian la. We have almost all you can get from overseas. Why use foreign products? If you choose to use foreign, then expect to pay the exchange rate. If not, use Malaysian. Simple math la uncle...

Third, allo uncle. You know ka how budget is distributed? It is based on reports of the previous year's acrivities by the various ministry. If there are cuts here and there, then that is based on the reports. Not because to pay the PM's trips. Then what about your tokong Lim's trip abroad? Who pays? You ka? Azmin's trip to China, where you get the fund? People's money la woi. Then you wanna talk about Najib being corrupt, what are your basis? What are your facts? Internet? Facebook? Twitter? Or on foreign reports that are getting loose facts from Malaysians idiots who want to ruin the country.. ABC la.. CNBC la... Bloomberg la... owh.. people like the lots of you. Eh., tokong Lim punya rumah tak ada swimming pool ah.. how's the case? Want to accuse people, clean your house first. Oh ya... the subsidi part. Allo uncle. Last time, we had a lot of commodities to earn from. Padi, rubber, tin, palm oil, logs, even gold. Now? Majority of it is oil. That also we produce how many barrels a day? And how much do we import versus export? How long can the subsidi be given. Get real la uncle... BR1M not subsidi meh? Your DAP supporters are  getting it too. Whats your problem? 

Fourth, double speed economy my foot. The influx of foreign workers to Malaysia and Malaysian working abroad has nothing to do with the government. It's the choice of the particular individual. Foreign workers come to Malaysians because THE TOWKAYS are bringing them in. Tell me, how many company actually thinks of paying appropriate salary and wages to Malaysian workers so much so Malaysians wants to work in Malaysia? The towkays are only interested in their own pockets. The cheaper the labour costs, more income for their pocket. This happens ALL OVER THE WORLD la uncle. This is not unique to Malaysia. And why do Malaysians choose to work illegally abroad? They know they can go through proper channels but yet choose to work illegally. Government fault lagi ka? Where you get your facts eh?

Fifth, Najib has no vision? Then what is TN50? Have you studied it? Were you involved in any dialogs? I can safely say no. Because if you had, you would speak using your brains more rather than using your ass.  As if your tokong Lim cares about Malaysians as a whole? Look at Penang. He is destroying the state. You expect Malaysia to be given to a new government to run? 

Please la LIEW CHIN TONG. Get your facts right before speaking. Don't destroy Malaysian minds. You speak of a new deal. What new deal? A deal to satisfy only your quarters? A deal only to protect your people's interest? What about Malaysia? What about the country? Please... learn to speak facts rather than grandfather's cock and bull.. 

Ok.. signing of now. Sorry la uncle Liew.. you are so lame...

Good day
Shazman



Thursday, October 19, 2017

Long Time No See

Assalamualaikum and Good Evening

Oh yeah.. lama sangat neglected my blog.. sorry... 

Well.. mana nak mula ni... owh ya.. Happy Deepavali to my hindu friends.. dah end of the day dah pun..

Last week, 12 October was my 45th birthday.. Happy Birthday to me... yeay... and today, I got presents from my parents. Thank you abah and mak.. felt bad sebab mak actually waited for me on my birthday and I did not show up.. so bad of me.. please forgive me mak.. no excuse is to big for my mom. I know. It was bad of me. I promise I shall improve..

Apa lagi ek.. oh ya. I learned earlier this month, kalau nak buat sesuatu kerja, kita kena kuat fizikal, kuat mental and paling utama, ada ilmu. Even seorang yang aku anggap penguat semangat aku gave up. Look.. aku tak salahkan dia tapi dalam keadaan dia kekurangan tenaga, penat otak and tidak diberi cukup pendedahan and latihan untuk tugasan2 dia, dia gave up. I mean dia literary drop everything and told me dia nak quit. Definitly not dia la but tak kan nak paksa dia buat benda yang dia kata dia dah tak nak? Apa pun, orang2 macam ni, kita kena terus beri sokongan sampai dia boleh bangun semula. Never ditch those who need you.

Earlier this week, aku ada up status whatsapp "when normal people say yes, the outcome will be maybe but if an extraordinary person says yes, the outcome will be done" - this is especially true when people makes promises and pledges. Contoh la, when you say you wanna help someone, make sure you can help. Jangan sekadar cakap 'ye' sebagai halwa telinga orang yang perlukan bantuan. Jangan beri harapan. Ni tak, bila orang betul2 dalam keadaan perlu, dia kata akan bantu tapi sampai ke sudah, alasan demi alasan yang keluar tapi bantuan tak sampai2. Contoh lagi satu, kalau kau rasa kau tak boleh nak bayar sewa, cakap je dah tak mampu. Ambik barang2 kau and keluar. Ni tak. Boleh pulak sub let tempat kau sewa and create macam2 cerita konon akan bayar sewa. Sekarang, sorry la.. kan dah kena halau..  so, next time.. practise what you preach.. 

Darn.. baru teringat.. some Malaysians... whats wrong with you people. Aku tak faham, di mana kesedaran sivik korang. Seriously.. when you drive, tak reti guna lampu signal ke? Suka hati je nak belok ke kanan atau kiri. Nak buat u turn pun tak bagi signal.. last2 motor langgar kau. Best part is, bawak kereta tak de lesen!! Dumb tul la. And then park kereta tak masuk kotak. Kau ada bayar share ngan DBKL ke nak park kereta sesuka hati cara kau? And satu contoh lagi, jangan la masuk no entry. Orang tak kasi masuk no entry ada sebab. Just ikut je la.. tak boleh ke nak patuh pada undang2?

Ok la.. cukup la dulu.. nanti sambung lagi.. makin emosi lak.. hehehehe

So, till then.. wasalam...

Saturday, September 30, 2017

Air Oh Air

Assalamualaikum wtb dan Salam bersua

Semoga hari ini semua kita berada di dalam keadaan sihat sejahtera dan cukup kandungan air dalam badan kita. Yup.. you read right.. AIR.. English cakap water..

Apahal lak mamat ni cakap pasal air pulak dah?

Ni mesti ada antara readers yang membaca ni bertanya2 dalam kepala. Haa.. kita semua tahu air antara unsur yang penting dalam hidup kita.  Air 70% part of our body lah.. kena minum air 2 liter sehari lah..  air ni 70% dari bumi lah.. semua orang tahu. Tapi tak semua orang tahu nak jaga air. Uiihh.. mesti la kena jaga air. Habis, nak minum guna air, nak masak guna air, nak mandi  membasuh bersuci, semua nak guna air. Kiranya air la jaga kita. Dah tu, air je jaga kita, kita tak jaga air? Tak patut… tak patut…

 

Korang tengok pic atas. Ni Sungai Gombak, laluan kat Masjid Jamek Kuala Lumpur. Mungkin ada yang tak tahu, DBKL tengah cantikkan sungai2 kat KL. Contohnya macam kat atas la.. River of Life nama projek tu. Ok la tu.. usaha kerajaan. Bukan sikit belanja nak buat kerja2 tu. Kena bayar kontraktor berapa dah, komisen kroni berapa dah, komisen orang2 tertentu dalam jabatan2 tertentu berapa dah.. huiii.. banyak belanja. Ye lah.. tak kira la siapa makan apa dan banyak mana tapi natijahnya, sungai tu nak dicantikkan. Ok fine.

Yang jadi isu, ada la entah malaun2 dari mana, cemarkan sungai. Malaun2 tepi sungai la selalunya. Malaun2 yang bukak kilang tepi sungai, malaun2 yang duduk tepi sungai or malaun2 yang gunakan sungai untuk santai2. Dibuang la sampah, sisa toksik, perabut lama.. kereta lama pun ada.. Bodoh betul la.. Ni bukan setakat sungai2 kat lembah klang je.. SATU MALAYSIA punya cerita ni.   

Sekarang ni, siapa nak kita salahkan? Ya! Diri kita sendiri. Jangan tunding jari pada orang lain tapi diri kita sendiri. Kita manusia ni, semua dah paham bersih tu benda basic dalam hidup (kecuali la orang yang tak boleh fikir walaupun dah tua bangka). Dalam Islam pun kebersihan dipentingkan. Tapi tengok la orang kita (termasuk orang asing yang menumpang). Nak mudahkan kerja, pemalas punya pasal.. dicampak je bahan2 buangan dalam sungai. Orang2 dulu, habis banyak pun dia buang najis je.. zaman sekarang ni segala macam benda dibuang. Agaknya dia nak samakan benda2 lain dengan najis dia agaknya. Jadi, boleh la aku buat persamaan juga.

Kalau bahan2 buangan tu di anggap najis orang2 macam ini, sampah yang dibuang tu sama la tarafnya dengan orang2 semacam ni. Ya.. orang yang perangainya membuang sampah ke dalam sungai atau merata2 tempat, aku kategorikan orang semacam ni, 'sampah manusia'. Jadi siapa2 yang pernah buat kerja2 macam ni.. anggap la diri korang tu sejijik level sampah. Tak suka? Sorry.. but that's you

Sekian

Wasalam.

Note To Self

Assalamualaikum wtb dan Salam Bahagia..

Ya.. sudah beberapa lama aku tidak berkarya.. Aku tak boleh la nak cakap aku sibuk sangat sampai tak boleh nak masukkan blog entry. Main game kat tab boleh ja ada masa… Sejujurnya, aku dalam beberapa hari ni rasa sedikit low spirited… lemah semangat..

Aku tahu perasaan ni tak patut aku ada. Let’s be honest.. aku tak nak hide. Selama beberapa hari ni, aku telah berjumpa atau mendapat khabar orang2 di sekelilingku semakin berjaya dalam hidup. Don’t get me wrong.. aku suka mendapat khabar bila orang2 sekeliling aku dan orang tersayang mendapat kerja baru, berpangkat tinggi  dalam organisasi yang hebat atau mendapat rezeki yang melimpah ruah. Aku bangga, aku tumpang gembira, aku bahagia.

Cuma aku terkilan dengan apa yang aku ada. Nope, aku tidak menidakkan qada dan qadar atau ketentuan Allah SWT. Aku tak sangkal rezeki aku setakat ini je atau banyak mana yang aku dapat ni dah Allah SWT tentukan sejak azali. Yang aku terkilan, 45 tahun usia aku, usaha aku tak seberapa. Ye la.. kan ada dah ayat “ Berkerjalah seolah2 kamu akan hidup selama2nya dan beribadahlah seolah2 kau akan mati esok”.

Point aku satu je. Aku tak cukup berusaha untuk mencapai apa yang aku nak. Memang la Allah SWT dah tentukan nasib aku macam ni tapi aku tak sehabis usaha. Aku belum letak 100% effort dalam usaha aku. Maybe kalau aku letak usaha 100% pun nasib aku tetap aku macam ni tapi at least aku dah buat yang terbaik. Ni aku rasa belum cukup usaha aku. Tu yang aku tak puas hati. Maybe itu juga sebab aku selalu tertanya2, “kalau aku buat X, apakah uasaha aku akan menjadi Y sedangkan aku sekarang berada di takuk ini.

Deep in me, aku tahu aku seorang yang sangat capable. Aku tak rasa la aku ni bodoh sangat tak reti nak buat kerja BUT buat masa ni, resources aku amat terhad untuk aku bergerak. Yes aku nak bergerak atas kapasiti seorang yang berpangkat, berpendapatan tinggi, tokoh yang disegani (tokoh benda baik je). Namun apakan daya? Aku terima dan aku akui apa yang Allah SWT dah tentukan untuk aku sejak loh mahfuz, aku redha.

Tapi aku tak nak stop here. Aku kena cari punca dan kekuatan untuk berusaha lebih gigih dan lebih tekun untuk nak capai cita2 aku. Allah SWT adil dalam memberi kita tulang 4 kerat dan akal untuk mencari jalan mencapai cita2 kita. Tapi kenapa aku gagal sedangkan ramai berjaya. Apa beza dia orang dengan aku? Apa lebihnya mereka dengan aku? Ya.. cara aku gunakan tenaga dan akal aku. Itu yang perlu aku  perkasakan. Bukan mudah untuk aku mencari punca atau titik aku improve myself. Banyak ilmu yang perlu aku cari. Banyak sumber yang perlu aku usahakan. Tapi bagaimana.. di mana… dari siapa perlu aku timba ilmu… Ya Allah… bantulah hambaMu ini.. berilah aku taufik dan hidayah… kurniakan aku ilham..
Amminnnn

Sekian dan wasalam

Shazman

Thursday, September 21, 2017

Maal Hijrah

Assalamualaikum dan Salam Mesra

Semoga pembaca2 berada di dalam keadaan sihat sejahtera. Agaknya ramai yang sudah berada dalam weekend mood sementelah esok adalah cuti umum. Mungkin ada yang dah pergi bercuti, balik kampung dan sebagainya.

 Hari ini adalah hari terakhir bagi tahun Islam 1438 Hijriyah. Maka setahun sudah kita lalui bersama banyak nikmat dan kurniaan Allah SWT yang tidak terhingga. Sehari - hari kita tempuhi, banyak limpahan rezeki yang Allah SWT curah kepada kita... termasuklah dugaan dan musibah. Ye .. betul... Musibah dan dugaanlah yang Allah SWT beri tu mengingatkan kita pada Allah SWT, membersihkan dosa2 kecil in shaa Allah dan mungkin menjadi a lesson pada kita supaya menyedari kelemahan kita.

 Bila nak masuk tahun baru ni, ramai yang tahu, ada doa akhir tahun dan awal tahun yang boleh kita amalkan.. ramai jugak yang tahu tapi aku nak share jugak la apa yang aku ada...


FADHILAT DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun Hijrah dibaca beberapa minit sebelum masuk waktu Maghrib (Akhir waktu Asar penghujung tahun Hijrah). Doa ini dibaca sebanyak tiga (3) kali. Barang siapa membaca doa ini daripada waktu yang telah tersebut maka berkatalah syaitan kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini maka dibinasakan dengan satu saat jua dengan sebab membaca doa ini maka diampuni Allah sekalian dosanya yang setahun ini.




DOA AKHIR TAHUN HIJRAH DALAM BAHASA MELAYU

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam, Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad berserta keluarga dan sahabat-sahabat baginda.
 Ya Allah! Apa yang telah kami lakukan pada tahun ini dari perkara-perkara yang Engkau larang dan kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tidak redhainya dan kami telah melupakannya sedang Engkau pula tidak melupakannya dan Engkau berlemah lembut kepada kami sedang Engkau berkuasa mengazab kami malah memberi kami peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat kepada-Mu. Oleh yang demikian kami memohon keampunan-Mu, maka ampunkanlah kami. Dan apa-apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari perkara-perkara yang Engkau redhai dan Engkau telah menjanjikan ganjaran pahala kerananya, maka kami memohon kepada-Mu Ya Allah,Tuhan yang Maha Mulia, yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerimanya (amal bakti) yang telah kami lakukan dan Engkau tidak menghampakan harapan kami, wahai Tuhan yang Maha Mulia.
Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad berserta keluarga dan sahabat-sahabatnya. Dan segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam.

 FADHILAT DOA AWAL TAHUN HIJRAH

 Doa Awal Tahun Hijrah dibaca selepas menyempurnakan Sembahyang Fardhu Maghrib awal tahun Hijrah.Doa ini dibaca sebanyak tiga (3) kali.Barang siapa membaca doa ini maka bahawasanya syaitan akan berkata telah amanlah anak Adam ini daripada aku barang yang tinggal umurnya pada tahun ini kerana bahawasanya Allah Taala telah mewakilkan dua Malaikat memelihara akan dia daripada fitnah syaitan.




DOA AWAL TAHUN HIJRAH DALAM BAHASA MELAYU
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam, Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad berserta keluarga dan sahabat-sahabat baginda.
Ya Allah! Engkaulah Tuhan yang kekal untuk selama-lamanya sedia ada lagi tiada permulaan. Kelebihan-Mu Maha Agung dan kemurahan-Mu amat melimpah yang sangat-sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru ke atas kami, kami mohon kepada-Mu perlindungan pada tahun ini daripada syaitan yang direjam dan konco-konconya serta bala tenteranya, kami juga memohon kepada-Mu pertolongan mengalahkan runtunan nafsu yang mendorong ke arah kejahatan, dan kami memohon kepada-Mu kerja-kerja yang boleh mendampingkan diri kami kepada-Mu, wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.
Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad berserta keluarga dan sahabat-sahabatnya. Dan segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam

Moga apa yang aku share ni, boleh menjadi sedikit perdoman bagi pembaca semua.

 Akhir kata...

Dengan segala kerendahan hati, 
pada hari terakhir tahun 1438 H, 
Aku  
*MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN* 
pada semua atas salah dan silap di sepanjang tahun 1438 H. 
 Semoga dengan kedatangan tahun baru Islam 1439 H pada hari Jumaat 22 September 2017  akan memberi sinar baru, 
*HIJRAH* 
dalam diri kita semua menuju kebaikan. Semoga kita sentiasa dalam lindungan, rahmat, dan berada di dlm keredhaan Allah swt...  Dan semoga dalam setiap langkah ikhtiar kita di Tahun 1439 H... Kita akan mendapat kelimpahan, keluasan dan keberkahan rezeki untuk bekal dalam kita beribadah di jalan Allah, dengan suasana yang tenang dan damai dalam kehidupan.                   
_*SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRIYAH 1439*_


Sunday, September 17, 2017

Anak2 Kita Macam Mana Pulak?

"Please write something pasal Darul Ittifaqiyah. Aku sedih la.. how can budak2 bergaduh sampai berbunuh ni."

Ok my dear... this is for you.

Assalamualaikum wtb.. salam sejahtera.

Sad.. yup... very sad indeed. Lepas beberapa hari, rakyat Malaysia disajikan berita kemungkinan sebab kejadian kebakaran yang meragut nyawa2 tak bersalah di Darul Ittifaqiyah. Dah tentu ramai yang bercakap pasal hal ni. Time lepak, selalunya aku bersembang hal lain tapi malam tadi, tragedi ni jadi topik bualan.

Aku singkap sikit kronologi tragedi ni. Sekumpulan budak nakal, hisap ganja dekat area pusat tahfiz ni tapi kantoi. Some budak2 tahfiz ni mengejek la. Masa bila kejadian mengejek, aku tak sure. Kemudian, budak2 nakal ni nak balas dendam. Kalau ikut media polis, budak2 ni beli petrol, then guna gas memasak and bakar asrama pusat tahfiz ni. Then pintu keluar pun dihalang dengan tilam kalau tak silap. Apa pun, sangat brutal la. Memang niat hati budak2 nakal ni nak berdendam walau apa pun natijahnya.

Budak2 nakal ni pun dah kena tahan, kena reman dan sedang disoal siasat. Apa yang dia orang soal siasat, biar la PDRM buat kerja dia orang. Yang aku nak persoalkan now is, what is the actual cause? Where did all this begin? Apa sebenarnya punca benda ni berlaku? Ok.. kita tengok balik umur budak2 yang kena tahan. Roughly 12 tahun ke 18 tahun? Masih mentah, masih anak2, masih belum matang dan tak boleh berfikir dengan baik. Lalu siapa yang perlu menjadi "pengikat" kepada anak2 ni supaya tak begitu bebas dalam tindak tanduk anak2 ni?

Ok.. jap.. aku share petikan ni, ihsan group whatsapp sepupu2 aku...

Kalau dulu budak2 bergaduh bile ade yg nangis semua takut dan lari dan stop gaduh siap nyesal lg...
*Sekarang gaduh, buli, dendam sampai mati dan membunuh..!!!*

Kalau dlu budak2 nk hisap rokok menyorok dlm semak belukar takutnya org dewasa marah dan tegur...
*Sekarang hisap rokok kat food court atau stesen bas atau depan sekolah siap baju sekolah lagi..!!!*

Zaman dulu budak2 tak berani keluar malam lebih dari waktu Isyak..
*Sekarang tak balik rumah pun ibubapa relax jer...!!!*

Zaman dulu habis kuat nakal anak pompuan tak pakai tudung jer keluar rumah...anak lelaki mungkin seluar pendek ke hulu ke hilir...
*zaman sekarang anak pompuan pakaian macam telanjang dengan ketat dan nipis dedah dana sini..anak laki pulak tak reti pun tukar pakai seluar panjang bila tamu datang...mak bapak relax jer senyum..!!*

Inilah hasil didikan kita..tepuklah tangan untuk diri sendiri kerana menghasilkan generasi sampah...

*Sebab apa????*

Sebab kemalasan kita ibubapa menuntut ilmu agama mnyebabkan kita tak mampu mendidik zuriat sendiri....!!!

Sikap kita ibubapa terlalu sambil lewa dalam bab pendidikan agama anak2..bagai melepas batuk di tangga..!!!

Sedarlah wahai sekalian ibubapa/penjaga...

*Kata Saiyidina Umar Al-Khattab:*
Jika kalian tidak memberi didikan agama secukupnya kepada anak2 kalian..maka tunggulah saatnya mereka menjadi anak derhaka!!!!

Dan hari ni kita melihat 1 demi 1 natijah yang berlaku kepada anak cucu zuriat keturunan kita yang melakukan berbagai perkara yang tidak boleh diterima akal sihat sehingga sanggup menjadi PEMBUNUH/PEMBULI/PERAGUT/PENYAMUN/PEROGOL DAN LAIN2 JENAYAH melampau pada usia yang masih sangat muda...!

Sedarlah wahai sekalian ibubapa...kembalilah kepada agama..kembalilah kepada fitrah manusia yakni HIDUP BERAGAMA.

Wallahuaalam

Nah.. senang cerita, fokusnya adalah pada ibubapa.. THATS RIGHT.. parents. Banyak parents nowadays anggap mereka dah bagus dalam membesarkan anak2. Yes, ada yang benar, ada yang tak. Ok., dalam kes ni, obviously tak la. Anak2 keluar lewat malam, beli petrol sendiri (mana dapat duit), naik motor (ada lesen ke tak) yang aku jangka tak pakai helmet and get this, boleh lepak kedai and berbincang nak berdendam (too much exposure?). Whoa.. dah macam gangster. Tu tak termasuk dia orang main ganja...

Some parents nowadays yang aku tengok, longgar kawalan pada anak2. I mean, dia orang don't mind apa anak2 buat. Nak ke mana, nak buat apa.. biar je. Aku tak nak la specify di area mana budak2 tu stay or level apa budak2 ni dari segi ilmu, pendedahan dan pendidikan sebab nanti aku digelar stereotyping tapi kalau bagi siapa yang boleh dapatkan maklumat semua tu berkenaan budak2 tu, kita boleh agak how they were brought up made them into what they are. Bukan la semua parents lepas anak2 dia orang bebas. Even ada anak2 yang bebas ke sana sini masih boleh berjaya. Puncanya dari parents.

Yang paling mustahak, hubungan parents dengan anak2. Anak2 remaja ni, parents tak boleh lepas. Parents kena jadi best friend pada anak2. Face it. Anak2 remaja ni lagi suka bercakap dengan kawan2 dari keluarga. So parents need to be best friends to their children so that parents will be the first people anak2 ni akan turn to when they want to confide. Ingat.. kadang2 masaalah anak2 ni kalau kawan2 dia yang tahu, boleh makan balik anak2 kita. Maklum la.. teenager. How much can you a trust a teenager?

Kedua, anak2 ni kita kena spot check.. beg sekolah, bilik tido, handphone dia orang.. Ni bukan soal tak percaya... tapi memang tak percaya pun.. not 100% at least... baik macam mana pun gaya anak tu.. tetap kena spot check. Tapi jangan la spot check macam dalam askar tu. Just make it casual.. make it light.. bukan macam nak mencari kesalahan, just show kita care. Tapi anak2 remaja ni akan surely memberontak pada mulanya.. kena remain cool la parents. Lama2 dia orang akan faham yang kita care.

Ketiga, know their friends. Key poh chee la sikit hal anak2. Jangan tak tahu anak2 remaja ni bercampur dengan siapa. Galakkan kawan2 anak2 kita datang ke rumah. Mak2 pun, jangan la berkira. Masak la lebih kurang kalau kawan anak2 datang. Bapak2 pun, join la borak ngan kawan anak2. Be friends with them. Get to know them. Siapa mak bapak dia orang. Latar belakang budak2 tu. Mana hang out dia orang dan sebagainya. At least anak2 kita tahu kita sporting and kawan anak2 kita tahu anak2 kita selalu

Banyak lagi benda yang parents kena perhatikan pasal anak2 remaja. Paling utama above all, dari aspek keagamaan. Akidah dia, akhlah dia... dan lain2 aspek, semua kena pantau. Aku pun ada 3 anak sendiri, sorang dah 15 tahun, sorang 11 and last sekali 10..  aku berpesan pada diri.. aku yang kena main peranan untuk anak2 aku supaya tragedi Darul Ittifaqiyah tidak berulang in shaa Allah...

Unwanted help

Assalamualaikum wtb dan Salam sejahtera

Hows everyone today?  Echewah.. speaking pulak kali ni.. heh heh.. Anyhow, I am just in a mood to write today. maybe its the frustration in me that spurs me. Frustration that evolves around the attitude of some people whom I classify as silly.

Some people, who are sent by God to a place of occurrence, in particular accidents or incidents which require immediate assistance, somehow just whips out their phones and becomes instant cameramen just for the sake of uploading it onto the social media.

We have seen many instances people having first hand camera shots on events which I think, if they would just put off their phones and try to help rescue the victim. Be it life threatening or not, these victims deserves help first than being hot news. Why would anyone be so selfish, not attempting to consider saving another person on the pretext that he or she was  ot capable at that moment but was capable to step up close to the victim for a video shot.

Senang cakap, ramai la yang nak jadi hero.. aku la yang pertama sekali dapat info, aku la yang pertama up video dalam fb.. aku la yang famous. Tapi dia lupa yang dia yang hipokrit, pengecut dan orang yang pentingkan diri sendiri paling besar dalam dunia pada ketika tu. Kau tak fikir ke perasaan mangsa.. atau keluarga mangsa? Tak ada rasa nak menjadi manusia ke ketika tu? I mean.. look eh.. orang tengah merana, kau boleh ambik phone kau and ambik photo or video. And then sebarkan dalam media sosial. Wait. Kau cakap kau nak sebarkan maklumat? Apsal? Kau tak diterima kerja dalam syarikat surat khabar atau tv, so kau decide nak jadi reporter tak bertauliah? Sedangkan mangsa depan kau tu..

Please la people.. belajar jadi manusia boleh tak? Belajar berfikir.. jangan jadi hamba media sosial. Kau tak dapat apa2 pun jadi reporter tak bertauliah. Silap2, dapat dosa je sebar aib orang. Belajar la membantu yang sepatutnya.. Wanna be a hero, help one another not help yourselves.

Wasalam
Shazman

Friday, September 15, 2017

Suratan atau Kebetulan

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera.

Salam Jumaat...

Apa khabar semua? Harap - harap sihat semuanya hari ni. Masih ada antara kita yang mungkin masih terkejut atau terasa dengan kejadian tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Iffifaqiyah. Ini satu tragedi yang saya sebagai seorang ayah, sukar untuk menerima. Apatah lagi 22 nyawa anak - anak yang masih kecil menjadi mangsa. Ya.. macam - macam spekulasi yang diutarakan, terutama oleh pakar - pakar tak rasmi facebook atau  whatsapp dan sebagainya. Tak mengapalah.. biarlah dia orang dengan kepakaran mereka. Apapun, mari sama2 kita sedekahkan Al Fatihah buat semua yang terkorban.

Satu perkara yang  boleh saya panjangkan di sini adalah, mungkin, penerimaan kita kepada takdir dan ketentuan Ilahi. Biarlah melibatkan kematian, kehilangan harta benda, putus keinginan atau kehendak atau yang lebih kerap berlaku, berputus kasih atau berjauhan dengan pasangan. Ini mungkin kita telah berusaha bersungguh -sungguh untuk menjayakan sesuatu. Berusaha belajar untuk mendapat keputusan baik dalam peperiksaan atau; berkorban masa tenaga, harta dan masa demi yang tersayang; atau melakukan yang terbaik demi majikan dan tempat kita bekerja. Namun, apa yang berlaku? Mungkin kita gagal dalam peperiksaan atau; berputus kasih atau ditinggalkan pergi atau; usaha kita tidak diendah majikan malah dianaktirikan. Lalu apakah maknanya semua ini?

Memang kita sebagai manusia tidak lekang dari diuji Allah SWT.   Firman Allah: ” Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (Al Ankabut :2 ). Persoalannya, sejauh mana kita mengerti dan faham bahawa ujian yang Allah SWT beri kepada kita ada sebagai tanda Allah SWT memberi ingat bahawa kita masih dikasihi. Andaikan kita sebagai anak, jika tidak ditegur ibu bapa.. nak buat apa saja pun, buatlah. Kalau buat baik, buat la.. nak buat jahat pun, buat la. Mak ayah pandang je dari jauh (itu pun kalau dipandang) dan buat tak tahu. Ini kes bukan tak ditegur.. dah pernah ditegur malah dimarah . Tapi anak - anak yang jenis tak makan saman, kata orang... dia akan terus je buat apa dia nak. Umpamakan Allah SWT tidak memberi ujian atau dugaan. Sampai satu ketika, agak - agak kita tak terasa ke "eh.. aku ni buat salah je tapi elok je life aku.." ha.. kan something wrong somewhere..?

Memang.. ada ujian - ujian yang berat untuk ditanggung. Orang tersayang meninggal dunia.. Allah.... sedihnya menanggung. Berpisah jarak dengan kekasih... Allah... sunyinya. Harta dicuri... Allah... ruginya rasa. Tapi semua tu.. orang tersayang, harta tersayang.. kita punya ke? Badan ni pun bukan kita punya.. lagikan yang lain- lainnya. Ungkapan paling mudah, redha je la.. atau sabar je la. Ungkapan tinggal ungkapan tapi sedih kecewa dalam jiwa, tak siapa yang boleh ukur. Hanya terserah pada kita cara untuk menanggung. Paling afdhalnya, redha dengan ikhlas. Aku tak kata kita tak boleh bersedih tapi berpada - pada la. Bila melebih - lebih, itu yang dah jadi benda2 negatif, sampai ada yang menjadi murung, hiba, kurang siuman dan sampai mengambil nyawa sendir  nauzubillah.Apa pun, ingatlah Allah SWT tidak menguji hambaNya lebih dari kemampuan hambaNya menanggung.

Aku tak boleh la nak cakap macam mana nak hadapai ujian pada orang lain. Itu cara dan kemampuan masing2. Bagi aku sendiri, aku lebih suka berdiam dan simpan di dalam. Dalam pada tu, aku mungkin akan membuat tindakan dan keputusan yang mampu mengubati hati aku. Bukan la berdendam tapi mungkin tindakan aku mungkin bersifat mengubati hati sendiri.  Mungkin ada yang akan terluka rasa dengan tindakan aku, mungkin ada yang boleh menerima atau ada yang mungkin tak endah pun tapi aku perlu mengubati hati aku sendiri bila sedih, ye dak? Face it, no one really cares how you feel. So, live your life and let no one break your stride.

Till then, Wasalam

Shazman

Wednesday, September 13, 2017

Mutiara Kata 2

Assalamualaikum and Good Morning everybody...

Apa khabar semuanya pagi ni.. semoga kita semua di dalam limpah rahmat Allah SWT. Saya rasa, ada antara kita pada hari ini masih terasa kehilangan Almarhum Sultan Kedah yang kita kasihi. Al Fatihah buat baginda. Semoga rohnya dicucuri rahmat in shaa Allah... Baik.. kita sambung celoteh sikit pagi ni ... sambil lap hingus.. tentang peradaban dan cara komunikasi kita sehari2. Tempoh hari dah sembang tiga poin.. hari ni kita sembang dua tiga poin lagi... boleh kan?

Poin ke empat,  setiap hari, jadi pada kita atau tak, pasti ada saudara2 kita yang kurang bernasib baik. Dia orang ni akan datang pada kita minta belas.. sama ada minta sedekah, jual tisu, dan macam2 lagi. Ada yang sempurna anggota, ada yang cacat dan kurang upaya (betul atau tidak, bersangka baik sudah). Kita kena ingat, rezeki yang kita dapat ni, tak semua milik kita. Kadang2, rezeki yang kita dapat, sebahagiannya milik orang2 susah yang minta ikhsan tadi. Apa salah kita beri seringgit dua? Tak luak pun duit kita sedangkan bil makan kita RM20 - RM30 kalau 3 orang makan kat KL ni. KALAU tak nak beri pun tak pe sebab sedekah bukan wajib tapi jangan la dia orang ni kita kasari. Tolak permintaan dia orang baik2. Dah berpuluh tahun hidup di KL ni, aku tengok, masih ada orang (sengaja aku tak gelar manusia) yang biadap, kurang ajar... sanggup berlaku kasar dengan orang2 susah ni. Come on.. kita yang ada income ni, yang rezeki baik sikit dari orang2 susah tu, kena la insaf. Apa yang kita ada ni, Allah bagi pinjam kejap je. Sekali Allah tarik balik nikmat hidup kita, silap2 nanti, kita kena minta sedekah juga. Jadi, cubalah jangan terlalu riak dalam hidup.

Kelima.. kita semua pasti tak lepas dari marah. Macam2 la term orang cakap level2 marah ni. Marah, meroyan, mengamuk... eh.. macam2 la.. tapi yang pasti, punca dia satu je.. nafsu.. nafsu amarah. Look.. aku tak kata kita tak boleh marah TAPI kaji balik, kenapa nak marah? Perlu ke marah? Kalau tak marah, adakah lagi bagus? Ye.. aku paham, memang kadang2 ada benda yang tentu2 buat kita marah, even... ada tok imam masjid pun kalau tayar motor dia kena toreh akan marah. Tapi, kaji balik. Perlu ke marah? Pergi tukar tayar, settle la. Kalau marah bagai nak rak pun, tak akan pulih tayar tu.. ni contoh..
Kalau kita marah pun, dan bila melepaskan marah, tak payah la sampai mengamuk memaki hamun. Just luahkan apa dalam hati and done, tak payah nak melebih2 (ni pesanan untuk diri aku sebenarnya.. kalau ada yang terasa, sorry...). Kerap aku perasan, bila aku dalam keadaan marah and aku cool down, banyak benda yang boleh settle. Sebaliknya kalau aku mengamuk terus, jarang sangat benda akan settle and kadang2 tu, makes things worse. So.. lesson learned.

Keenam and last for today, cara kita melayan orang yang lebih tua. Tak kira la mak ayah kita, bos kita, jiran2, orang2 di jalanan and mana2 lah, asalkan lebih tua dari kita. Kata kunci dia HORMAT. Semua orang boleh sebut 'hormat' tapi nak buat, elek.. poccik.. terutama generasi muda sekarang. Kau perasan tak walau guna handphone masa bercakap dengan orang tua pun boleh dianggap biadap?  Ni kan pulak bila orang menyapa atau menegur.. langsung tak diendah.. malah melekat memanjang tumpuan pada gadjet. Tu belum lagi cara menjawab, cara bercakap, cara meminta and macam2 lagi. Aku pernah la, bila anak2 muda ni respon dengan biadap, aku tegur direct. Bukan maki hamun, just tegur tapi cukup la nak buat anak2 ni terkesima. Lepas tu minta maaf. Ye aku maafkan tapi please la.. learn.. anak2 muda sekarang ni pelapis generasi yang lebih tua. So, belajar la jadi manusia... bukan sekadar jadi orang. Tingkatkan budi, santunkan sopan dan pelihara kata2.

Ok dah.. cukup dulu.. lain kali kita celoteh lagi.

Till then, wasalam
Shazman.


Wednesday, September 6, 2017

Betul ke idak ni?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Firstly, Salam Aidil Adha and Salam Sehati Sejiwa.. walau dah banyak hari berlalu...

Malam ni aku nak speak freely. So, pardon my words. Ni pasal spreading words or news on the internet. Doesn't matter if its through whatsapp, facebook, instagram, twitter or whatever means.

Baru2 ni, heboh pasal a Thai Food outlet di Bukit Jelutong.. Soi 55 yang baru bukak recently. Konon ceritanya, kedai ni tak halal. Puncanya tak de sijil halal and cerita bermula from one hamba Allah yang ikut cerita, jumpa dengan owner kedai ni and bercakap pasal halal isu ni.. I guess that person is a guru in Halal Certification as she is being so vocal in this issue. To me that's fine.. help la the owner to establish IF that outlet is halal or not.

Yang tak sedapnya, dia boleh pulak post benda ni on the net.  Yang tu aku tak setuju. Look. Kalau kedai tu BETUL2 ada serve benda yang haram, then it is haram. Clear cut. Ini.. benda belum clear cut, dah chop kedai tu "was -was".. yang aku paham, kalau was-was, tak boleh makan. And salah satu punca dichop was-was sebab kedai ni tak boleh produce sijil sembelihan halal pada masa tu. So heboh lah sampai entah ke mana - mana tempat benda ni. Then, mulalah timbul ustaz ustazah tak bertauliah komen itu dan ini. Ada pulak yang nasi tambah cakap.. oh.. outlet itu serve alkohol, outlet ini boleh makan etc.. ddduuhhhhh... cakap macam bijak pandai walhal apa benda dia cakap tu pun without knowledge, without any consideration and yang pasti without proper fact finding. Last2, hari ni Soi 55 tunjuk sijil penyembelihan halal dari supplier dia. HAH KAU!!! Simply put.. hamba Allah yang mula2 bukak cerita ni dah buat satu fitnah nauzubillah. Be clear that aku langsung tak de kena mengena dengan this Soi 55.

And what I have just said applies to ALL postings on the internet. Tak kira la dalam berpolitik, dalam perniagaan malah dalam kes di stas, kononnya mencari yang halal itu wajib sedangkan kata2 yang tersebar tu boleh jatuh haram.

You may be the most powerful person on earth tapi bila kau bercakap without facts and baseless, your words are simply pointless and not worth being said. Kalau tak tahu... diam. Kalau tak pandai... diam. Kalau tak reti pun.. diam. Jangan berlagak nak jadi hero konon tapi apa benda yang dicerita pun just hear say news. Entah berapa orang dok sebar the news, baru sampai ke pengetahuan dia, dia pun berlagak konon  dia la yang paling berilmu, dia la paling pandai. Yang aku paham, kalau menyebar berita palsu, yang salah boleh jatuh fitnah.. and kalau boleh menjatuhkan maruah mangsa fitnah, menabur pasir dalam periuk nasi orang dan yang sewaktu dengannya, wajib kita memohon maaf secara terbuka.. supaya fitnah tu dapat diperbetulkan.

So.. to all my readers, mind your postings.. jangan sebar atau mulakan fitnah dalam internet. Kalau sekadar nak berkongsi info2 biasa, silakan tapi kalau info yang boleh memudaratkan dan membawa fitnah, be very careful. Study dulu sebelum post. Gunakan akal sebelum bertindak. Kalau nak spread words, make sure 1000% you know what you are saying. Jangan kita champion the issue tapi akhirnya dapat tahu benda tu palsu.. jangan la nak guna tagline "Eh.. saya bergurau saja"... trying saying that in Padang Mahsyar.

Till then
Wasalam

Shazman

Tuesday, August 29, 2017

Dari Sekolah Untuk Negara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sedar atau tidak, dah makin dekat kita dengan hujung bulan. Cuti panjang la. Dengan Hari Merdekanya, dengan Raya Hajinya... dengan kopak poketnya.. standard la tuu...

Oh ya.. beberapa hari lepas, aku ada jalan kaki dekat2 area PWTC. Then aku terpandang SMK Maxwell. Aku memang suka tengok bangunan2 lama ni macam St John Institution and Victoria Institution. Wait. Apa persamaan ketiga2 bangunan tadi.. YES!!! Semua tu sekolah yang berusia 100 tahun atau lebih. Wow.. dah seratus tahun la sekolah2 ni wujud. Centenials.

Dalam negara kita, aku congak, ada tak kurang dari 20 sekolah centenials ni yang berstatus elite. Dengan  Penang Free Schoolnya, dengan Malacca High Schoolnya sampailah ke Bukit Bintang Girls School (yang dah diroboh untuk dibina a stupid shopping mall), semua sekolah2 ni dah lahirkan ramai tokoh2.  Aku pun pernah merasa pergi ke dua buah sekolah dalam kumpulan ni. Maktab Sultan Abu Bakar, MSAB, (English College) Johor Bahru 1985 - 1986 dan Kolej Sultan Abu Bakar , KSAH, Alor Setar 1987 - 1989. Serious, aku rasa bangga pernah belajar di sekolah2 ni. Although memori aku lebih banyak di KSAH, MSAB tak kurang jugak kenangan. Boleh kata tiap kali aku ke Johor Bahru atau Alor Setar, aku akan curi masa untuk pergi tengok sekolah2 lama aku. Aku just rasa a sense of belonging to my schools

One thing aku nak sentuh, selain kita belajar the normal education in school, did we not learn how to be more human? Maksud aku, kita tak belajar untuk menjadi insan ke? Simply put, terutama generasi sekarang... those yang masih di sekolah, did we not learn to be better persons as we age? A huge percentage of budak2 yang dalam gen y dan gen z kalau kita tengok, are turning themselves and the schools they go to into clowns and circuses. Some schools yang dahulunya kita tahu memang full of elite and respectable students, sekarang ni dah jadi tak de nilai. Even some schools yang dulunya tempat melahirkan tokoh, now dah dilabel sekolah gangster. Kalau terma budak2 sekarang ni.. "MALU DOHHH". I mean, when you to school, wearing your uniform, don't you have that proud feeling? Masa aku pergi sekolah dulu, there were days when aku rasa nak kawad dari pintu pagar sekolah sampai ke kelas sambil nyanyi lagu sekolah kuat2.

My point is, anak2 muda zaman sekarang ni, tak boleh ke have that semangat sebagai seorang pelajar yang mempunyai ilmu kemanusiaan yang mantap? That includes disiplin, jatidiri, kebudayaan, kesopanan, kesusilaan dan patriotisma. Ni yang kita tengok, generasi sekarang ni lebih kepada terikut cara2 barat terutamanya, yang bagi aku sungguh primitive. Tak payah perkara rumit la. Aku interview budak2 sekolah sekitar KL, in school uniforms, bila tanya apakah baris ke empat lagu Negaraku... terkial2 nak cakap. Rukun Negara.. lagi la.. tu belum lagi aku cakap pasal budaya dan pasal sejarah (yang rasanya ada belajar kat sekolah). Even aku tanya sejarah sekolah sendiri pun tak tahu ni.. Sad.. Tapi bila tanya pasal artis, pasal wayang gambar, pasal gadget, pasal computer games, pasal trend.. semua tu dalam finger tips je. Think la.. semua tu will bring you and the country far ahead ke? Look eh.. even if you will not be a leader of a country, you have a duty to uphold your country as its citizen.

If any of my readers are school goers, brothers and sisters.. the future of Malaysia depends on you. Our forefathers have done their best to bring Tanah Melayu to Malaya to Malaysia. Don't let their efforts go in vain. Malaysia ni la tanah tumpah kamu semua. Kami generasi tua akan pergi meninggalkan kamu semua. Please ladies and gentlemen... wake up. This is your Malaysia and it starts from each and every one of you.

Sayangi Malaysia dan pusaka nya

Sehingga nanti
Mohd Shazman

Wednesday, August 23, 2017

Oh Baju ku

Assalamualaikum.. selamat sejahtera,

Macam makin bersemangat pulak nak menulis blog ni.. tapi perangai aku ni kadang2 istiqamahnya low sikit. Moga Allah SWT beri aku ilham untuk terus menulis.

Kali ni aku nak meraban sikit. Ceritanya macam ni. Aku kerja di KL. Satu hari tu, bos aku suruh la aku buat beberapa kerja kat luar. Aku no hal la. Perjalanan aku hari tu, Jalan Ipoh - Chow Kit - Masjid India - KLCC - Pavilion - Jalan Ipoh. Sepanjang tu aku jumpa macam2 orang tapi yang menarik perhatian aku hari tu, Pakistan, Cina, India, mat saleh and of course Melayu.

Ada la beberapa orang, baik lelaki atau perempuan yang menarik perhatian aku. Yang aku perhatikan bukan orangnya tapi pakaiannya. Masing2 dengan pakaian tradisionalnya. Kemudian aku tengok orang Melayu. Tak ada sorang pun yang pakai Baju Melayu. Ala.. yang macam ni...


 atau...  

Yang pic mula2 tu aku rasa mat saleh and yang kedua tu spy Jepun sebelum WW2. 

Sepanjang perjalanan balik ke pejabat, aku terfikir, kenapa orang Melayu tak nak pakai pakaian tradisional sebagai pakaian harian? Apa kekangan Baju Melayu diguna sebagai pakaian rasmi ke pejabat?

Cuma yang kelihatan, pada hari Jumaat je Baju Melayu dipakai ke pejabat. Boleh la pulak kan? Itu pun tak lengkap. Setahu aku, pakaian Baju Melayu yang lengkap, macam ni...


Ehem.. nak jugak enter frame.. 

Anyhow, perasaan aku, aku bangga pakai Baju Melayu bila di luar. Aku rasa ada a sense of belonging bila pakai Baju Melayu. Ada identiti. Kalau orang tengok, dia tahu, chances are orang ni orang Melayu. Aku tak cakap pakai macam zaman nenek moyang kita, bertengkolok dan bercapal. Praktikal la. 

Nak difikirkan pasal alasan, alasan apa yang nak diberi? Kalau nak beri alasan panas, kenapa orang perempuan boleh pakai baju kurung siap dengan tudung? Kalau kainnya tebal, maka guna la kain yang sesuai. Apa salah guna kain yang dibuat baju kemeja untuk dibuat baju Melayu? Tak moden.. then kenapa orang Rusia dan beberapa negara Eropah dok kaji pasal bahasa, bangsa dan budaya Melayu? Mengkaji ok... they are studying about us.

Dari segi ekonomi la, pada fikiran aku, kalau ramai yang pakai baju Melayu, aku yakin industri pakaian baju pun akan berkembang, terutama tukang jahit Baju Melayu, pembuat songkok malah pengusaha yang membuat butang baju Melayu dan juga samping. See, secara tak langsung orang Melayu akan bantu orang Melayu. 

Know what... during my birthday week, aku nak pakai Baju Melayu selama 5 hari tu ke pejabat. Syok sendiri? Maybe but I'm gonna enjoy myself... 

So. Till the next sembang2, I would like to pen off now. 

Wasalam.


Sunday, August 20, 2017

Mutiara Kata

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Melihat dari adab dan cara kita berbicara sehari - hari, banyak yang boleh kita baiki pada diri kita, termasuk penulis. Saya nak sentuh hanya beberapa kali ni..

Pertamanya, kata - kata tatkala berjanji, tak kiralah berjanji dalam berkawan, dalam bekeluarga, dalam berkawan mahupun dalam hal -hal kerja atau rasmi. Kata orang, kalau dah tangan yang mencencang, bahu pula memikul. Kalau dah pandai berjanji, tunaikanlah. Rata - rata dalam zaman sekarang, kata - kata janji dianggap mudah.. dipandang ringan. Sekecil-kecil janji seperti setuju dengan pasangan nak tengok wayang tapi tak jadi sehinggalah memungkiri janji dalam berniaga mengakibatkan satu pihak rugi besar. Apa guna berjanji kalau tak ditepati (macam lirik lagu...)? Memungkiri janji bermakna berlaku zalim pada diri sendiri. Pengakhirannya, di alam barzakh juga janji dituntut.

Kedua, kata - kata dalam menyampaikan berita. Ini suatu keadaan yang sudah membimbangkan. Di zaman dunia tanpa sempadan kini, menyampaikan berita melalui alam siber, surat layang mahupun lisan sudah tidak ada penelitian atau siasatan. Apa saja berita yang dirasakan sensasi atau boleh membawa si pembawa berita manjadi tumpuan, walau seketika, berita yang diterima dipanjangkan terus tanpa usul periksa. Masing - masing mahu jadi wira atau orang terawal penyebar berita. Tidakkah terfikir seandainya berita itu palsu, satu fitnah atau kurang tepat? Lebih buruk lagi kalau menjatuhkan maruah seseorang atau menabur pasir dalam nasi orang lain. Tidak terfikirkah kalau perkara itu terjadi kepada kita atau orang terapat dengan kita?

Ketiga, kata - kata dalam perbualan seharian. Mengapa memilih dengan siapa kita berlaku sopan atau tidak? Tak boleh ke sopan dengan semua orang? Kenapa dengan bos boleh sopan tapi dengan adik beradik tak boleh? Walhal dua - dua orang tu diperlukan Kenapa dengan kawan boleh sopan tapi dengan peminta sedekah, berlaku kasar walhal dua - dua meminta duit sebab tak de duit nak makan. Tak boleh ke jangan cepat naik suara dan cepat melenting hanya kerana perkara kecil? Cuba telaah balik,  kalau kita di tempat dia, suka ke kita diperlakukan begitu?

Cukup la tiga huraian dahulu. Kalau ada ruang, kita sambung lagi tapi sebelum penulis menutup tirai, sebagai manusia yang lemah, cubalah kita sama - sama belajar menerima kekurangan orang lain dalam ketiga - tiga situasi yang tersebut di atas. Memang susah tapi cubalah. Mana tahu jiwa kita lebih damai kalau kita mudah memaafkan, bertolak ansur dan bersyukur.

Walllahualam

Sehingga di lain masa
Shazman

Thursday, August 17, 2017

Ikhlaskah Perjuangan?

Assalamualaikum...

Aku rasa terpanggil (kalau tak, tak de la aku nak celoteh kat sini.. ye dak... ) untuk berbicara tentang satu elemen penting dalam, boleh kata, semua yang kita lakukan, iaitu keikhlasan.

Kali ni aku nak sentuh tentang keikhlasan dalam perjuangan. Perjuangan di sini bermaksud usaha dalam merealisasikan matlamat kerja kita. Tak kira la kita ni pangkat tinggi atau rendah, masing - masing ada matlamat.

Dalam kita bertugas untuk mencapai matlamat, setiap kita pasti mahu merasa naik pangkat sebab lebih pangkat, lebih 'masyuk'.. gaji lagi besar la selalunya...  Soalnya sekarang, apakah nilai kerja kita ini semata - mata berdasarkan gaji kita sahaja tanpa memikirkan natijah hasil kerja kita?

Sedih apabila acap kali kita melihat ada di kalangan kita yang kononnya saudara seagama sebangsa yang kononnya satu kiblat, berlaga bersengketa sesama sendiri demi mencapai pangkat dan kedudukan. Sanggup mereka ni memfitnah, membuat tomahan tanpa periksa dan timbang tara. Menikam dari belakang sudah biasa bagi mereka. Tambahan sekarang ini mereka menggunakan facebook, whatsapp dan macam - macam app lagi lah dalam usaha mereka menjatuhkan orang lain.

Walhal, dalam sedar, mereka tahu diri mereka pun sebenarnya bukan la layak sangat pun tapi dari melihat orang lain naik pangkat, mereka mula membuat onar untuk menjatuhkan sesiapa sahaja musuh mereka. Macam inikah Islam? Macam inikah Melayu? Tak rasa jijik ke?

Memang dari zaman purba pun orang - orang macam ini dah wujud. Tapi pada zaman sekarang ni, apa salahnya kita matangkan diri kita dan lakukan apa yang kita belajar iaitu bersabar dan sentiasa redha. Orang lain dapat rezeki, kita terima keadaan sudah la. Kan semuanya Allah SWT dan tentukan?
Apa salahnya kita bersyukur dan gembira bersama saudara - saudara yang yang bernasib baik?

Aku tak kata kita tak boleh berusaha untuk pergi lebih tinggi dalam organisai kita. Tapi buat la dengan cara yang betul. Kalau ada orang yang lebih layak, kita beri sokongan. Bantu dia dalam kerja dia bila dia naik pangkat. Bukan buat onar supaya dia jatuh walau kita tahu kita langsung tak layak.

Ini salah satu sebab kenapa bangsa Melayu semakin hari semakin mundur dalam ekonomi. Kita tak bersatu hati dalam menjalankan tugas yang diamanahkan Kita kena ingat, organisasi kita umpama sebuah jentera dan kita ni sebagai komponen - komponen besar dan kecil jentera tu. Kalau satu komponen tak berfungsi dengan betul, jangan harap jentera tu akan berfungsi dengan sempurna.

Satu lagi persoalan terhadap golongan yang mengemari hasad ini, tidakkah terfikir mengapa kita tidak terpilih untuk naik pangkat atau maju dalam kerjaya kita? Apakah kelayakan kita? Macam mana personaliti kita? Kita ada jatidiri ke dalam kerja? Adakah kita bertindak melulu tanpa usul periksa? Berita yang kita kipaskan kepada orang lain, adakah sahih beritanya atau sekadar hembusan khabaran angin? Tak pernahkah dengar "Memfitnah lebih besar dosanya dari membunuh"?

Dari itu, muhasabah lah diri kita dalam kita bekerja sehari - hari. Perelokkanlah sasiah kita, pekerti kita dan jiwa kita. Belajarlah bekerjasama. Belajarlah untuk berkata yang benar. Belajarlah untuk tidak bersengketa. Semua ini sudah ada dalam minda kita, cuma syaitan meniup angin nafsu agar kita berpecah belah.

Renung - renungkanlah seandainya bermanfaat...

Sehingga di lain kali
Mohd Shazman

Monday, August 14, 2017

Greetings and Salam Bersua

Assalamualaikum...

Warm greetings....

Whoa.. seriously... I created this blog way back in 2007... My first post, in 2017??!!! Where was I during the past 10 years?? 🤔🤔🤔

Aaanyhow.. a warm welcome to myself.. a newbie in blogging... and welcome everyone to my blog.  Maybe its just now that I have a little interest in writing. I would love to express my opinions on everyday issues,  rambling about stuffs perhaps but I look forward to sharing my thoughts and ideas, which may I add shall be my own. I do not represent anyone or any organizations unless stated.

However, please share your thoughts and comments.. play nice please.. I am open to opinions and thoughts. My blogs shall be in English and Bahasa Melayu, whichever I feel like using.

So.. having said that.. I would like to sign off for now.

Till then
Shazman