Tuesday, November 21, 2017

Ada orang kisah?

Assalamualaikum.. good morning..

Salam sejahtera...

18/11/2017 tarikh yang menyedihkan.. mak saudara aku, Hjh Jamilah Bt Ahmad telah teinggalkan kami semua dan kembali kepada yang maha Pencipta. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.. Al Fatihah..

Ketika talkin, ustaz ada menyebut seperti yang kita tahu, bila dah masuk kubur, yang betul2 kita bawa adalah berapa banyak amal kita selama hidup di dunia. Banyak atau sikit, hanya Allah SWT yang tahu. Yang lain, semua yang kita usahakan selama hidup di dunia ni, akan kita tinggal. Tika talkin tu aku dengar je la. Lepas dah kebumi siap senua, aku balik la rumah.. rehat. Then aku mula terfikir.. kalau aku kaya.. rumah ada 5 buah, kereta 10 buah dan sebagainya... masa aku hidup di dunia ni.. apa yang aku dapat? I mean... perlu ke aku pada semua tu untuk kegunaan harian aku?

Then, aku cuba bayangkan aku betul2 dalam situasi tu. Rumah aku banglo 7 bilik berharga RM 4 juta. Wow.. besarnya.. tapi perlu ke? Kalau condo 4 bilik berharga RM 800 ribu pun aku boleh hidup, kenapa aku perlukan banglo 4 bilik? Kalau aku perlukan sebuah SUV berharga RM200 ribu, kenapa aku nak beli kereta exotic berharga RM 2 juta? Baik lah.. dari nilaian atas, kalau aku bersederhana dan aku ada lebihan RM 5 juta.. dan aku simpan RM 2 juta untuk aku enjoy dengan orang2 disekelilingku. RM 3 juta pulak aku gunakan untuk kerja2 kebajikan. Tak kiralah derma ke, hadiah ke atau apa saja, bukankah semua tu saham akhirat? Even kalau RM 3 juta tu dibahagi RM 100 ribu, 30 orang / keluarga boleh aku bantu. Kalau salah satu dari 30 orang / keluarga yang aku bantu tu ada yang menjadi hafiz Al Quran, agaknya apa yang Allah nak bagi pada aku?

Ok, kita baca petikan dari salah satu group whatsapp aku

*INFAQ PEMBUKA REZEKI.*
Nabi SAW telah bersabda,
 *"Berinfaqlah dan jangan kamu berkira-kira (kedekut)  kerana nanti Allah akan berkira-kira kepadamu dan jangan kamu bersifat kikir kerana nanti Allah akan menyempitkan rezekimu".*
(HR: Al-Bukhari dan Muslim )

Namun, di zaman material ni, mampu ke manusia yang Allah pinjamkan kekayaan mampu bepisah dengan kekayaannya? Mungkin aku yang miskin ni boleh berkata "sepatutnya boleh". Tapi orang yang memang dah pegang kekayaan akan berkata "mana boleh.. nak kaya macam aku, usaha la sendiri (belum kira usaha dia tu cara yang Allah redha atau sebaliknya)".  Aku boleh la dikatakan miskin kota.. tapi disekeliling aku, ramai yang kaya raya, jutawan malah rakan2 yang dulu sama miskin dengan aku tapi sekarang dah jadi kaya. Kadang2 dalam keadaan terdesak, aku ada la minta bantuan.. jawapan standard "aku tak cukup la".. tapi kita tahu, banyak betul duit dia. Ada jugak kawan2 aku cakap.." apa la Man.. waja tu jugak kau pakai.. beli la kereta baru". Allah.. aku teringin betul la nak beli kereta baru.. apakan daya, nak maintain waja aku pun kurang mampu. Inikan kawan suruh beli kereta baru. Tapi hairan.. dia tak nak pulak offer nak bantu aku perelokkan balik waja aku tapi boleh pulak beli kereta harga setengah juta.. tunai pulak tu..

Tapi tak pe lah.. bukan manusia yang beri aku rezeki atau kesenangan tapi Allah SWT. Dah bertahun2 usaha, kalau Allah nak permudahkan, maka mudahlah urusan2 aku.. in shaa Allah.. so.. jom mula kerja untuk hari ni, sehingga di lain masa..

Wasalam
Mohd Shazman

No comments: