Monday, November 27, 2017

Jangan La Negatif..

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera

Dah lama rasanya aku tak hantar kereta aku untuk dicuci. So, aku pun singgah lah tempat membasuh kereta. Sambil2 tu, melayan la celoteh kejap. Aku pagi ni nak bercakap tentang sikap2 negatif.. sombong... buruk sangka... cepat marah... menyalahkan orang lain dan sebagainya.. Cuba kita tengok. Apa punca sikap2 negatif ni... siapa yang pemula sikap2 negatif ni dan apa kesannya.

Aku tengok, punca2 sikap negatif ni, semua dari dalam diri individu tu sendiri. Senang cakap, segalanya berpunca dari fikiran minda yang kurang dipakai berbanding perasaan. Perasaan yang macam mana? Yang paling utama, ego. Tak mahu memperakui kesilapan sendiri. Yang asyiknya, orang lain yang nak disalahkan. Walhal dia sendiri yang silap. Benda2 kecik diperbesarkan. Benda yang tak perlu diambil pusing pun diheboh2kan. Dalam hal ni, bukan la setinggi mana kita belajar. Ini lebih kepada pembawakan diri kita, cara kita dibesarkan. Kadang2 orang yang ada lepasan ijazah pun tak boleh nak kawal emosi. Bila ada kekurangan sikit, mula la nak marah, meroyan, melenting tak tentu hala.. tak termasuk la kata2 kesat yang dilontarkan... sampai doakan kita mampos pun ada... tak pe lah... Allah maha adil.. biar Allah je settlekan. Kita redha sudah..

Bila hati dah mula dikuasi ego dan akal sudah tak dipakai, maka mula la hati kita makin rosak. Mula la timbul sikap sombong, rasa diri sendiri betul semua.. apa yang dibuat serba betul dan orang lain semua salah.. Orang2 macam ini lupa.. setiap kali jari telunjuk ditunding kepada orang lain tiga jari lain akan menunding kepada diri sendiri. Sebab itu, setiap kali kita nak tunjuk orang lain salah, kaji diri sendiri balik. Kalau dah tahu diri kita tak sempurna, jangan la nak cari salah orang lain. Walaupun memang orang lain salah, tengok la apa kesalahannya.. kalau benda2 kecik, tak payah la panjang lebar sengketanya... maafkan and move on...

Satu lagi perasaan negatif yang sering kita rasa, sama ada sedar atau tidak, bersangka buruk. maknanya, kita ni sering merasa betul memanjang dan orang lain semuanya salah. Contoh la, baru2 ni kan ada kes keretapi tergelincir di Stesen Komuter Bank Negara. Allahuakbar.. dugaan sungguh bari penumpang2 tren pelbagai jenis. nak gi kerja susah, nak balik kampung pun sangkut. Tapi ada netizen yang maki hamun Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pasal kejadian ni. Dikatakan staf KTMB ni pemalas la.. tak reti buat kerja la. Hey... look here you haters. NO ONE wanted this to happen. Nama pun kemalangan... accident. Ingat KTMB suka2 ke nak terbalikkan keretapi dia orang? Berapa banyak KTMB rugi kena bayar macam2 pampasan? Lost of revenue, korang ada fikir? Seriously la eh, netizen2 macam ni yang jadi perosak negara. Cyber trooper pembangkang jangan cerita la.. memang pemusnah negara. Ni netizen2 yang konon bijak komen tapi bodoh dalam memberi idea2 bernas. Apa yang korang tahu tentang railway management? Apa yang korang tahu tentang geology kawasan kemalangan tu? Tak de kan? Tak payah la berlagak pandai sebab boleh dapat info sikit2 dari dalam facebook and whatsapp group korang tu. Simpan dulu kebodohan korang tu...Why not just terima keadaan and biar pihak KTMB betulkan keadaan? Apsal? Keretapi tak jalan, korang yang mati ke? Banyak lagi alternatif nak commute on land la.. Jangan kasi alasan2 bodoh.

Dah cukup aku membebel today... till next time

Wasalam
Mohd Shazman

No comments: