Assalamualaikum dan selamat pagi
Salam sejahtera dan Salam Satu Malaysia
Macam ahli parlimen pulak ye... Tapi memang pagi ni aku nak bercakap tentang sidang parlimen pada pagi ni 22 November 2017. Apa pun aku rasa happy lak kerja kat office baru ni. Pagi2 boleh bukak tv layan sidang parlimen sambil nikmati kopi o dan biskut kering.
Ada beberapa perkara yang aku perhatikan dalam sidang2 parlimen hari ini dan sebelum2nya. Pertama, tentang sikap Ahli2 Yang Berhormat. Dari dulu aku perhatikan, ada sahaja Ahli2 Yang Berhormat yang masih belum dapat mengawal diri dari segi emosi. Aku cukup tak paham.. sedangkan Ahli2 Yang Berhormat terdiri dari mereka2 yang 'sepatutnya' berpengalaman luas, ada yang berpendidikan tinggi, berstatus tinggi dalam masyarakat... namun bersikap seperti budak2 sekolah rendah. Terjerit2, terpekik2, menggunakan kata2 yang ada masanya tak mencerminkan peribadi seorang Yang Berhormat.Kenapa perlu emosi? Ahli2 Yang berhormat semua duduk di dalam sebuah 'Dewan Yang Mulia' bagi bertanya dan membahaskan isu2 berkenaan rakyat dan negara, maka kenapa tidak berkelakuan sedemikian (haaa.. kan dah bahasa aku berubah.. hahahaha). Ahli2 Yang Berhormat semua kena ingat, you are representing us, the rakyat. why not represent us in a manner as how you should behave and act in public and show us good examples of being a rakyat?
Yang keduanya, ada persoalan dalam parlimen tadi "Apakah usaha2 kementerian untuk bekerjasama dengan NGO2 bagi membenteras gejala dadah di kalangan rakyat khususnya para remaja... "
WHAAATTTT!!! Soalan ni eh.. aku dah dengar baaanyak kali, tak kira la di mana pun, termasuk dalam parlimen. Look people... tak mungkin ada satu kerajaan di dunia ni yang boleh membasmi gejala dadah ni. Tak mungkin akan ada satu negara yang benar2 bebas dari dadah. sikit pun mesti akan ada. Tak ada sesiapa pun yang boleh bagi satu formula bagi membuang najis dadah ni. Kalau nak kurangkan, boleh TAPI kena bermula dari rumah la. Kita terutamanya ibubapa, kena la main peranan. ini tidak. anak kiat buat salah, kiat yang tak perihatin, kerajaan yang disalahkan. Sejak bila nama anak2 kita jadi berbin / bintikan Malaysia? Dah sah2 anak2 kita berbin / bintikan kita.. tanggungjawab utama kita la nak jaga2 anak2. Habis2 pun, mungkin ahli keluarga terdekat la kalau nak bantu pun. selainnya tanggungjawab kita. Masaalah dadah, gejala sosial, even persekolahan anak2 kita, kita yang tanggungjawab.
Akhir sekali, yang ni isu paling aku ingat. Soal gelandangan. Ini pun cerita lama yang sepatutnya tak diperbincangkan dah. "Apakah bentuk2 sokongan dan tindakan yang dirancangkan oleh pihak kementerian bagi mengatasi masaalah gelandangan ini" Eh hello. Gelandangan.. why are you here in the first place? Aku bukan menghina orang susah. aku pun orang susah jugak BUT majoriti orang gelandangan ni semua sihat2. Tapi nak hidup free, makan free. semua nak free. Orang kasi duit, kau ambik. Orang kasi makan kau sebat. Siap boleh guna phone tapi kerja tak nak. Boleh pulak cerewet bila orang kasi makan.. "Muak la makan ayam hari2" ni kata2 yang aku sendiri pernah dengar. Isunya, majoriti gelandangan ni pemalas. Eh... sorry. Kasar eh? Memang aku nak guna kata2 kasar. Gelandangan ni majoriti pemalas. YES. Sanggup korang duduk merempat sedangkan banyak peluang kerja yang diserahkan dengan mudah kepada orang asing. Lepas tu komplen hidup susah la.. tak de rezeki la.. Soalnya, koramg usaha ke tak? Orang asing boleh duduk rumah kecik, kerja bergaji kecik tapi masih lagi berusaha.. Jap... dia orang ada jugak rumah tempat berlindung. Gelandangan hado? Tapi itulah. kalau dah degil, apa nak dikatakan? teruskan la bergelandangan.
Bukan aku nak menghina atau memperlekehkan sesiapa, just wake up la everyone, menteri, parents and gelangangan..
Wasalam
Mohd Shazman
No comments:
Post a Comment