Assalamualaikum wtb dan Salam bersua
Semoga hari ini semua kita berada di dalam keadaan sihat
sejahtera dan cukup kandungan air dalam badan kita. Yup.. you read right..
AIR.. English cakap water..
Apahal lak mamat ni
cakap pasal air pulak dah?
Ni mesti ada antara readers yang membaca ni bertanya2 dalam
kepala. Haa.. kita semua tahu air antara unsur yang penting dalam hidup kita. Air 70% part of our body lah.. kena minum air
2 liter sehari lah.. air ni 70% dari
bumi lah.. semua orang tahu. Tapi tak semua orang tahu nak jaga air. Uiihh..
mesti la kena jaga air. Habis, nak minum guna air, nak masak guna air, nak
mandi membasuh bersuci, semua nak guna
air. Kiranya air la jaga kita. Dah tu, air je jaga kita, kita tak jaga air? Tak
patut… tak patut…
Korang tengok pic atas. Ni Sungai Gombak, laluan kat Masjid
Jamek Kuala Lumpur. Mungkin ada yang tak tahu, DBKL tengah cantikkan sungai2
kat KL. Contohnya macam kat atas la.. River of Life nama projek tu. Ok la tu..
usaha kerajaan. Bukan sikit belanja nak buat kerja2 tu. Kena bayar kontraktor
berapa dah, komisen kroni berapa dah, komisen orang2 tertentu dalam jabatan2 tertentu berapa
dah.. huiii.. banyak belanja. Ye lah.. tak kira la siapa makan apa dan banyak mana tapi
natijahnya, sungai tu nak dicantikkan. Ok fine.
Yang jadi isu, ada la entah malaun2 dari mana, cemarkan
sungai. Malaun2 tepi sungai la selalunya. Malaun2 yang bukak kilang tepi
sungai, malaun2 yang duduk tepi sungai or malaun2 yang gunakan sungai untuk
santai2. Dibuang la sampah, sisa toksik, perabut lama.. kereta lama pun ada..
Bodoh betul la.. Ni bukan setakat sungai2 kat lembah klang je.. SATU MALAYSIA
punya cerita ni.
Sekarang ni, siapa nak kita salahkan? Ya! Diri kita sendiri. Jangan tunding jari pada orang lain tapi diri kita sendiri. Kita manusia ni, semua dah paham bersih tu benda basic dalam hidup (kecuali la orang yang tak boleh fikir walaupun dah tua bangka). Dalam Islam pun kebersihan dipentingkan. Tapi tengok la orang kita (termasuk orang asing yang menumpang). Nak mudahkan kerja, pemalas punya pasal.. dicampak je bahan2 buangan dalam sungai. Orang2 dulu, habis banyak pun dia buang najis je.. zaman sekarang ni segala macam benda dibuang. Agaknya dia nak samakan benda2 lain dengan najis dia agaknya. Jadi, boleh la aku buat persamaan juga.
Kalau bahan2 buangan tu di anggap najis orang2 macam ini, sampah yang dibuang tu sama la tarafnya dengan orang2 semacam ni. Ya.. orang yang perangainya membuang sampah ke dalam sungai atau merata2 tempat, aku kategorikan orang semacam ni, 'sampah manusia'. Jadi siapa2 yang pernah buat kerja2 macam ni.. anggap la diri korang tu sejijik level sampah. Tak suka? Sorry.. but that's you
Sekian
Wasalam.

No comments:
Post a Comment