Semoga pembaca2 berada di dalam keadaan sihat sejahtera. Agaknya ramai yang sudah berada dalam weekend mood sementelah esok adalah cuti umum. Mungkin ada yang dah pergi bercuti, balik kampung dan sebagainya.
Hari ini adalah hari terakhir bagi tahun Islam 1438 Hijriyah. Maka setahun sudah kita lalui bersama banyak nikmat dan kurniaan Allah SWT yang tidak terhingga. Sehari - hari kita tempuhi, banyak limpahan rezeki yang Allah SWT curah kepada kita... termasuklah dugaan dan musibah. Ye .. betul... Musibah dan dugaanlah yang Allah SWT beri tu mengingatkan kita pada Allah SWT, membersihkan dosa2 kecil in shaa Allah dan mungkin menjadi a lesson pada kita supaya menyedari kelemahan kita.
Bila nak masuk tahun baru ni, ramai yang tahu, ada doa akhir tahun dan awal tahun yang boleh kita amalkan.. ramai jugak yang tahu tapi aku nak share jugak la apa yang aku ada...
FADHILAT DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Doa Akhir Tahun Hijrah dibaca beberapa minit sebelum masuk waktu Maghrib (Akhir waktu Asar penghujung tahun Hijrah). Doa ini dibaca sebanyak tiga (3) kali. Barang siapa membaca doa ini daripada waktu yang telah tersebut maka berkatalah syaitan kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini maka dibinasakan dengan satu saat jua dengan sebab membaca doa ini maka diampuni Allah sekalian dosanya yang setahun ini.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam, Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad berserta keluarga dan sahabat-sahabat baginda.
Ya Allah! Apa yang telah kami lakukan pada tahun ini dari perkara-perkara yang Engkau larang dan kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tidak redhainya dan kami telah melupakannya sedang Engkau pula tidak melupakannya dan Engkau berlemah lembut kepada kami sedang Engkau berkuasa mengazab kami malah memberi kami peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat kepada-Mu. Oleh yang demikian kami memohon keampunan-Mu, maka ampunkanlah kami. Dan apa-apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari perkara-perkara yang Engkau redhai dan Engkau telah menjanjikan ganjaran pahala kerananya, maka kami memohon kepada-Mu Ya Allah,Tuhan yang Maha Mulia, yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerimanya (amal bakti) yang telah kami lakukan dan Engkau tidak menghampakan harapan kami, wahai Tuhan yang Maha Mulia.
Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad berserta keluarga dan sahabat-sahabatnya. Dan segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam.
FADHILAT DOA AWAL TAHUN HIJRAH
Doa Awal Tahun Hijrah dibaca selepas menyempurnakan Sembahyang Fardhu Maghrib awal tahun Hijrah.Doa ini dibaca sebanyak tiga (3) kali.Barang siapa membaca doa ini maka bahawasanya syaitan akan berkata telah amanlah anak Adam ini daripada aku barang yang tinggal umurnya pada tahun ini kerana bahawasanya Allah Taala telah mewakilkan dua Malaikat memelihara akan dia daripada fitnah syaitan.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam, Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad berserta keluarga dan sahabat-sahabat baginda.
Ya Allah! Engkaulah Tuhan yang kekal untuk selama-lamanya sedia ada lagi tiada permulaan. Kelebihan-Mu Maha Agung dan kemurahan-Mu amat melimpah yang sangat-sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru ke atas kami, kami mohon kepada-Mu perlindungan pada tahun ini daripada syaitan yang direjam dan konco-konconya serta bala tenteranya, kami juga memohon kepada-Mu pertolongan mengalahkan runtunan nafsu yang mendorong ke arah kejahatan, dan kami memohon kepada-Mu kerja-kerja yang boleh mendampingkan diri kami kepada-Mu, wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.
Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad berserta keluarga dan sahabat-sahabatnya. Dan segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam
Moga apa yang aku share ni, boleh menjadi sedikit perdoman bagi pembaca semua.
Akhir kata...
Dengan segala kerendahan hati,
pada hari terakhir tahun 1438 H,
Aku
*MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN*
pada semua atas salah dan silap di sepanjang tahun 1438 H.
Semoga dengan kedatangan tahun baru Islam 1439 H pada hari Jumaat 22 September 2017 akan memberi sinar baru,
*HIJRAH*
dalam diri kita semua menuju kebaikan. Semoga kita sentiasa dalam lindungan, rahmat, dan berada di dlm keredhaan Allah swt...
Dan semoga dalam setiap langkah ikhtiar kita di Tahun 1439 H...
Kita akan mendapat kelimpahan, keluasan dan keberkahan rezeki untuk bekal dalam kita beribadah di jalan Allah, dengan suasana yang tenang dan damai dalam kehidupan.
_*SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRIYAH 1439*_
No comments:
Post a Comment