Assalamualaikum.. Salam Sejahtera.
Salam Jumaat...
Apa khabar semua? Harap - harap sihat semuanya hari ni. Masih ada antara kita yang mungkin masih terkejut atau terasa dengan kejadian tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Iffifaqiyah. Ini satu tragedi yang saya sebagai seorang ayah, sukar untuk menerima. Apatah lagi 22 nyawa anak - anak yang masih kecil menjadi mangsa. Ya.. macam - macam spekulasi yang diutarakan, terutama oleh pakar - pakar tak rasmi facebook atau whatsapp dan sebagainya. Tak mengapalah.. biarlah dia orang dengan kepakaran mereka. Apapun, mari sama2 kita sedekahkan Al Fatihah buat semua yang terkorban.
Satu perkara yang boleh saya panjangkan di sini adalah, mungkin, penerimaan kita kepada takdir dan ketentuan Ilahi. Biarlah melibatkan kematian, kehilangan harta benda, putus keinginan atau kehendak atau yang lebih kerap berlaku, berputus kasih atau berjauhan dengan pasangan. Ini mungkin kita telah berusaha bersungguh -sungguh untuk menjayakan sesuatu. Berusaha belajar untuk mendapat keputusan baik dalam peperiksaan atau; berkorban masa tenaga, harta dan masa demi yang tersayang; atau melakukan yang terbaik demi majikan dan tempat kita bekerja. Namun, apa yang berlaku? Mungkin kita gagal dalam peperiksaan atau; berputus kasih atau ditinggalkan pergi atau; usaha kita tidak diendah majikan malah dianaktirikan. Lalu apakah maknanya semua ini?
Memang kita sebagai manusia tidak lekang dari diuji Allah SWT. Firman Allah: ” Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (Al Ankabut :2 ). Persoalannya, sejauh mana kita mengerti dan faham bahawa ujian yang Allah SWT beri kepada kita ada sebagai tanda Allah SWT memberi ingat bahawa kita masih dikasihi. Andaikan kita sebagai anak, jika tidak ditegur ibu bapa.. nak buat apa saja pun, buatlah. Kalau buat baik, buat la.. nak buat jahat pun, buat la. Mak ayah pandang je dari jauh (itu pun kalau dipandang) dan buat tak tahu. Ini kes bukan tak ditegur.. dah pernah ditegur malah dimarah . Tapi anak - anak yang jenis tak makan saman, kata orang... dia akan terus je buat apa dia nak. Umpamakan Allah SWT tidak memberi ujian atau dugaan. Sampai satu ketika, agak - agak kita tak terasa ke "eh.. aku ni buat salah je tapi elok je life aku.." ha.. kan something wrong somewhere..?
Memang.. ada ujian - ujian yang berat untuk ditanggung. Orang tersayang meninggal dunia.. Allah.... sedihnya menanggung. Berpisah jarak dengan kekasih... Allah... sunyinya. Harta dicuri... Allah... ruginya rasa. Tapi semua tu.. orang tersayang, harta tersayang.. kita punya ke? Badan ni pun bukan kita punya.. lagikan yang lain- lainnya. Ungkapan paling mudah, redha je la.. atau sabar je la. Ungkapan tinggal ungkapan tapi sedih kecewa dalam jiwa, tak siapa yang boleh ukur. Hanya terserah pada kita cara untuk menanggung. Paling afdhalnya, redha dengan ikhlas. Aku tak kata kita tak boleh bersedih tapi berpada - pada la. Bila melebih - lebih, itu yang dah jadi benda2 negatif, sampai ada yang menjadi murung, hiba, kurang siuman dan sampai mengambil nyawa sendir nauzubillah.Apa pun, ingatlah Allah SWT tidak menguji hambaNya lebih dari kemampuan hambaNya menanggung.
Aku tak boleh la nak cakap macam mana nak hadapai ujian pada orang lain. Itu cara dan kemampuan masing2. Bagi aku sendiri, aku lebih suka berdiam dan simpan di dalam. Dalam pada tu, aku mungkin akan membuat tindakan dan keputusan yang mampu mengubati hati aku. Bukan la berdendam tapi mungkin tindakan aku mungkin bersifat mengubati hati sendiri. Mungkin ada yang akan terluka rasa dengan tindakan aku, mungkin ada yang boleh menerima atau ada yang mungkin tak endah pun tapi aku perlu mengubati hati aku sendiri bila sedih, ye dak? Face it, no one really cares how you feel. So, live your life and let no one break your stride.
Till then, Wasalam
Shazman
No comments:
Post a Comment