Saturday, September 30, 2017

Note To Self

Assalamualaikum wtb dan Salam Bahagia..

Ya.. sudah beberapa lama aku tidak berkarya.. Aku tak boleh la nak cakap aku sibuk sangat sampai tak boleh nak masukkan blog entry. Main game kat tab boleh ja ada masa… Sejujurnya, aku dalam beberapa hari ni rasa sedikit low spirited… lemah semangat..

Aku tahu perasaan ni tak patut aku ada. Let’s be honest.. aku tak nak hide. Selama beberapa hari ni, aku telah berjumpa atau mendapat khabar orang2 di sekelilingku semakin berjaya dalam hidup. Don’t get me wrong.. aku suka mendapat khabar bila orang2 sekeliling aku dan orang tersayang mendapat kerja baru, berpangkat tinggi  dalam organisasi yang hebat atau mendapat rezeki yang melimpah ruah. Aku bangga, aku tumpang gembira, aku bahagia.

Cuma aku terkilan dengan apa yang aku ada. Nope, aku tidak menidakkan qada dan qadar atau ketentuan Allah SWT. Aku tak sangkal rezeki aku setakat ini je atau banyak mana yang aku dapat ni dah Allah SWT tentukan sejak azali. Yang aku terkilan, 45 tahun usia aku, usaha aku tak seberapa. Ye la.. kan ada dah ayat “ Berkerjalah seolah2 kamu akan hidup selama2nya dan beribadahlah seolah2 kau akan mati esok”.

Point aku satu je. Aku tak cukup berusaha untuk mencapai apa yang aku nak. Memang la Allah SWT dah tentukan nasib aku macam ni tapi aku tak sehabis usaha. Aku belum letak 100% effort dalam usaha aku. Maybe kalau aku letak usaha 100% pun nasib aku tetap aku macam ni tapi at least aku dah buat yang terbaik. Ni aku rasa belum cukup usaha aku. Tu yang aku tak puas hati. Maybe itu juga sebab aku selalu tertanya2, “kalau aku buat X, apakah uasaha aku akan menjadi Y sedangkan aku sekarang berada di takuk ini.

Deep in me, aku tahu aku seorang yang sangat capable. Aku tak rasa la aku ni bodoh sangat tak reti nak buat kerja BUT buat masa ni, resources aku amat terhad untuk aku bergerak. Yes aku nak bergerak atas kapasiti seorang yang berpangkat, berpendapatan tinggi, tokoh yang disegani (tokoh benda baik je). Namun apakan daya? Aku terima dan aku akui apa yang Allah SWT dah tentukan untuk aku sejak loh mahfuz, aku redha.

Tapi aku tak nak stop here. Aku kena cari punca dan kekuatan untuk berusaha lebih gigih dan lebih tekun untuk nak capai cita2 aku. Allah SWT adil dalam memberi kita tulang 4 kerat dan akal untuk mencari jalan mencapai cita2 kita. Tapi kenapa aku gagal sedangkan ramai berjaya. Apa beza dia orang dengan aku? Apa lebihnya mereka dengan aku? Ya.. cara aku gunakan tenaga dan akal aku. Itu yang perlu aku  perkasakan. Bukan mudah untuk aku mencari punca atau titik aku improve myself. Banyak ilmu yang perlu aku cari. Banyak sumber yang perlu aku usahakan. Tapi bagaimana.. di mana… dari siapa perlu aku timba ilmu… Ya Allah… bantulah hambaMu ini.. berilah aku taufik dan hidayah… kurniakan aku ilham..
Amminnnn

Sekian dan wasalam

Shazman

No comments: