Sunday, September 17, 2017

Anak2 Kita Macam Mana Pulak?

"Please write something pasal Darul Ittifaqiyah. Aku sedih la.. how can budak2 bergaduh sampai berbunuh ni."

Ok my dear... this is for you.

Assalamualaikum wtb.. salam sejahtera.

Sad.. yup... very sad indeed. Lepas beberapa hari, rakyat Malaysia disajikan berita kemungkinan sebab kejadian kebakaran yang meragut nyawa2 tak bersalah di Darul Ittifaqiyah. Dah tentu ramai yang bercakap pasal hal ni. Time lepak, selalunya aku bersembang hal lain tapi malam tadi, tragedi ni jadi topik bualan.

Aku singkap sikit kronologi tragedi ni. Sekumpulan budak nakal, hisap ganja dekat area pusat tahfiz ni tapi kantoi. Some budak2 tahfiz ni mengejek la. Masa bila kejadian mengejek, aku tak sure. Kemudian, budak2 nakal ni nak balas dendam. Kalau ikut media polis, budak2 ni beli petrol, then guna gas memasak and bakar asrama pusat tahfiz ni. Then pintu keluar pun dihalang dengan tilam kalau tak silap. Apa pun, sangat brutal la. Memang niat hati budak2 nakal ni nak berdendam walau apa pun natijahnya.

Budak2 nakal ni pun dah kena tahan, kena reman dan sedang disoal siasat. Apa yang dia orang soal siasat, biar la PDRM buat kerja dia orang. Yang aku nak persoalkan now is, what is the actual cause? Where did all this begin? Apa sebenarnya punca benda ni berlaku? Ok.. kita tengok balik umur budak2 yang kena tahan. Roughly 12 tahun ke 18 tahun? Masih mentah, masih anak2, masih belum matang dan tak boleh berfikir dengan baik. Lalu siapa yang perlu menjadi "pengikat" kepada anak2 ni supaya tak begitu bebas dalam tindak tanduk anak2 ni?

Ok.. jap.. aku share petikan ni, ihsan group whatsapp sepupu2 aku...

Kalau dulu budak2 bergaduh bile ade yg nangis semua takut dan lari dan stop gaduh siap nyesal lg...
*Sekarang gaduh, buli, dendam sampai mati dan membunuh..!!!*

Kalau dlu budak2 nk hisap rokok menyorok dlm semak belukar takutnya org dewasa marah dan tegur...
*Sekarang hisap rokok kat food court atau stesen bas atau depan sekolah siap baju sekolah lagi..!!!*

Zaman dulu budak2 tak berani keluar malam lebih dari waktu Isyak..
*Sekarang tak balik rumah pun ibubapa relax jer...!!!*

Zaman dulu habis kuat nakal anak pompuan tak pakai tudung jer keluar rumah...anak lelaki mungkin seluar pendek ke hulu ke hilir...
*zaman sekarang anak pompuan pakaian macam telanjang dengan ketat dan nipis dedah dana sini..anak laki pulak tak reti pun tukar pakai seluar panjang bila tamu datang...mak bapak relax jer senyum..!!*

Inilah hasil didikan kita..tepuklah tangan untuk diri sendiri kerana menghasilkan generasi sampah...

*Sebab apa????*

Sebab kemalasan kita ibubapa menuntut ilmu agama mnyebabkan kita tak mampu mendidik zuriat sendiri....!!!

Sikap kita ibubapa terlalu sambil lewa dalam bab pendidikan agama anak2..bagai melepas batuk di tangga..!!!

Sedarlah wahai sekalian ibubapa/penjaga...

*Kata Saiyidina Umar Al-Khattab:*
Jika kalian tidak memberi didikan agama secukupnya kepada anak2 kalian..maka tunggulah saatnya mereka menjadi anak derhaka!!!!

Dan hari ni kita melihat 1 demi 1 natijah yang berlaku kepada anak cucu zuriat keturunan kita yang melakukan berbagai perkara yang tidak boleh diterima akal sihat sehingga sanggup menjadi PEMBUNUH/PEMBULI/PERAGUT/PENYAMUN/PEROGOL DAN LAIN2 JENAYAH melampau pada usia yang masih sangat muda...!

Sedarlah wahai sekalian ibubapa...kembalilah kepada agama..kembalilah kepada fitrah manusia yakni HIDUP BERAGAMA.

Wallahuaalam

Nah.. senang cerita, fokusnya adalah pada ibubapa.. THATS RIGHT.. parents. Banyak parents nowadays anggap mereka dah bagus dalam membesarkan anak2. Yes, ada yang benar, ada yang tak. Ok., dalam kes ni, obviously tak la. Anak2 keluar lewat malam, beli petrol sendiri (mana dapat duit), naik motor (ada lesen ke tak) yang aku jangka tak pakai helmet and get this, boleh lepak kedai and berbincang nak berdendam (too much exposure?). Whoa.. dah macam gangster. Tu tak termasuk dia orang main ganja...

Some parents nowadays yang aku tengok, longgar kawalan pada anak2. I mean, dia orang don't mind apa anak2 buat. Nak ke mana, nak buat apa.. biar je. Aku tak nak la specify di area mana budak2 tu stay or level apa budak2 ni dari segi ilmu, pendedahan dan pendidikan sebab nanti aku digelar stereotyping tapi kalau bagi siapa yang boleh dapatkan maklumat semua tu berkenaan budak2 tu, kita boleh agak how they were brought up made them into what they are. Bukan la semua parents lepas anak2 dia orang bebas. Even ada anak2 yang bebas ke sana sini masih boleh berjaya. Puncanya dari parents.

Yang paling mustahak, hubungan parents dengan anak2. Anak2 remaja ni, parents tak boleh lepas. Parents kena jadi best friend pada anak2. Face it. Anak2 remaja ni lagi suka bercakap dengan kawan2 dari keluarga. So parents need to be best friends to their children so that parents will be the first people anak2 ni akan turn to when they want to confide. Ingat.. kadang2 masaalah anak2 ni kalau kawan2 dia yang tahu, boleh makan balik anak2 kita. Maklum la.. teenager. How much can you a trust a teenager?

Kedua, anak2 ni kita kena spot check.. beg sekolah, bilik tido, handphone dia orang.. Ni bukan soal tak percaya... tapi memang tak percaya pun.. not 100% at least... baik macam mana pun gaya anak tu.. tetap kena spot check. Tapi jangan la spot check macam dalam askar tu. Just make it casual.. make it light.. bukan macam nak mencari kesalahan, just show kita care. Tapi anak2 remaja ni akan surely memberontak pada mulanya.. kena remain cool la parents. Lama2 dia orang akan faham yang kita care.

Ketiga, know their friends. Key poh chee la sikit hal anak2. Jangan tak tahu anak2 remaja ni bercampur dengan siapa. Galakkan kawan2 anak2 kita datang ke rumah. Mak2 pun, jangan la berkira. Masak la lebih kurang kalau kawan anak2 datang. Bapak2 pun, join la borak ngan kawan anak2. Be friends with them. Get to know them. Siapa mak bapak dia orang. Latar belakang budak2 tu. Mana hang out dia orang dan sebagainya. At least anak2 kita tahu kita sporting and kawan anak2 kita tahu anak2 kita selalu

Banyak lagi benda yang parents kena perhatikan pasal anak2 remaja. Paling utama above all, dari aspek keagamaan. Akidah dia, akhlah dia... dan lain2 aspek, semua kena pantau. Aku pun ada 3 anak sendiri, sorang dah 15 tahun, sorang 11 and last sekali 10..  aku berpesan pada diri.. aku yang kena main peranan untuk anak2 aku supaya tragedi Darul Ittifaqiyah tidak berulang in shaa Allah...

No comments: