Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Melihat dari adab dan cara kita berbicara sehari - hari, banyak yang boleh kita baiki pada diri kita, termasuk penulis. Saya nak sentuh hanya beberapa kali ni..
Pertamanya, kata - kata tatkala berjanji, tak kiralah berjanji dalam berkawan, dalam bekeluarga, dalam berkawan mahupun dalam hal -hal kerja atau rasmi. Kata orang, kalau dah tangan yang mencencang, bahu pula memikul. Kalau dah pandai berjanji, tunaikanlah. Rata - rata dalam zaman sekarang, kata - kata janji dianggap mudah.. dipandang ringan. Sekecil-kecil janji seperti setuju dengan pasangan nak tengok wayang tapi tak jadi sehinggalah memungkiri janji dalam berniaga mengakibatkan satu pihak rugi besar. Apa guna berjanji kalau tak ditepati (macam lirik lagu...)? Memungkiri janji bermakna berlaku zalim pada diri sendiri. Pengakhirannya, di alam barzakh juga janji dituntut.
Kedua, kata - kata dalam menyampaikan berita. Ini suatu keadaan yang sudah membimbangkan. Di zaman dunia tanpa sempadan kini, menyampaikan berita melalui alam siber, surat layang mahupun lisan sudah tidak ada penelitian atau siasatan. Apa saja berita yang dirasakan sensasi atau boleh membawa si pembawa berita manjadi tumpuan, walau seketika, berita yang diterima dipanjangkan terus tanpa usul periksa. Masing - masing mahu jadi wira atau orang terawal penyebar berita. Tidakkah terfikir seandainya berita itu palsu, satu fitnah atau kurang tepat? Lebih buruk lagi kalau menjatuhkan maruah seseorang atau menabur pasir dalam nasi orang lain. Tidak terfikirkah kalau perkara itu terjadi kepada kita atau orang terapat dengan kita?
Ketiga, kata - kata dalam perbualan seharian. Mengapa memilih dengan siapa kita berlaku sopan atau tidak? Tak boleh ke sopan dengan semua orang? Kenapa dengan bos boleh sopan tapi dengan adik beradik tak boleh? Walhal dua - dua orang tu diperlukan Kenapa dengan kawan boleh sopan tapi dengan peminta sedekah, berlaku kasar walhal dua - dua meminta duit sebab tak de duit nak makan. Tak boleh ke jangan cepat naik suara dan cepat melenting hanya kerana perkara kecil? Cuba telaah balik, kalau kita di tempat dia, suka ke kita diperlakukan begitu?
Cukup la tiga huraian dahulu. Kalau ada ruang, kita sambung lagi tapi sebelum penulis menutup tirai, sebagai manusia yang lemah, cubalah kita sama - sama belajar menerima kekurangan orang lain dalam ketiga - tiga situasi yang tersebut di atas. Memang susah tapi cubalah. Mana tahu jiwa kita lebih damai kalau kita mudah memaafkan, bertolak ansur dan bersyukur.
Walllahualam
Sehingga di lain masa
Shazman
No comments:
Post a Comment