Wednesday, August 23, 2017

Oh Baju ku

Assalamualaikum.. selamat sejahtera,

Macam makin bersemangat pulak nak menulis blog ni.. tapi perangai aku ni kadang2 istiqamahnya low sikit. Moga Allah SWT beri aku ilham untuk terus menulis.

Kali ni aku nak meraban sikit. Ceritanya macam ni. Aku kerja di KL. Satu hari tu, bos aku suruh la aku buat beberapa kerja kat luar. Aku no hal la. Perjalanan aku hari tu, Jalan Ipoh - Chow Kit - Masjid India - KLCC - Pavilion - Jalan Ipoh. Sepanjang tu aku jumpa macam2 orang tapi yang menarik perhatian aku hari tu, Pakistan, Cina, India, mat saleh and of course Melayu.

Ada la beberapa orang, baik lelaki atau perempuan yang menarik perhatian aku. Yang aku perhatikan bukan orangnya tapi pakaiannya. Masing2 dengan pakaian tradisionalnya. Kemudian aku tengok orang Melayu. Tak ada sorang pun yang pakai Baju Melayu. Ala.. yang macam ni...


 atau...  

Yang pic mula2 tu aku rasa mat saleh and yang kedua tu spy Jepun sebelum WW2. 

Sepanjang perjalanan balik ke pejabat, aku terfikir, kenapa orang Melayu tak nak pakai pakaian tradisional sebagai pakaian harian? Apa kekangan Baju Melayu diguna sebagai pakaian rasmi ke pejabat?

Cuma yang kelihatan, pada hari Jumaat je Baju Melayu dipakai ke pejabat. Boleh la pulak kan? Itu pun tak lengkap. Setahu aku, pakaian Baju Melayu yang lengkap, macam ni...


Ehem.. nak jugak enter frame.. 

Anyhow, perasaan aku, aku bangga pakai Baju Melayu bila di luar. Aku rasa ada a sense of belonging bila pakai Baju Melayu. Ada identiti. Kalau orang tengok, dia tahu, chances are orang ni orang Melayu. Aku tak cakap pakai macam zaman nenek moyang kita, bertengkolok dan bercapal. Praktikal la. 

Nak difikirkan pasal alasan, alasan apa yang nak diberi? Kalau nak beri alasan panas, kenapa orang perempuan boleh pakai baju kurung siap dengan tudung? Kalau kainnya tebal, maka guna la kain yang sesuai. Apa salah guna kain yang dibuat baju kemeja untuk dibuat baju Melayu? Tak moden.. then kenapa orang Rusia dan beberapa negara Eropah dok kaji pasal bahasa, bangsa dan budaya Melayu? Mengkaji ok... they are studying about us.

Dari segi ekonomi la, pada fikiran aku, kalau ramai yang pakai baju Melayu, aku yakin industri pakaian baju pun akan berkembang, terutama tukang jahit Baju Melayu, pembuat songkok malah pengusaha yang membuat butang baju Melayu dan juga samping. See, secara tak langsung orang Melayu akan bantu orang Melayu. 

Know what... during my birthday week, aku nak pakai Baju Melayu selama 5 hari tu ke pejabat. Syok sendiri? Maybe but I'm gonna enjoy myself... 

So. Till the next sembang2, I would like to pen off now. 

Wasalam.


No comments: