Thursday, August 17, 2017

Ikhlaskah Perjuangan?

Assalamualaikum...

Aku rasa terpanggil (kalau tak, tak de la aku nak celoteh kat sini.. ye dak... ) untuk berbicara tentang satu elemen penting dalam, boleh kata, semua yang kita lakukan, iaitu keikhlasan.

Kali ni aku nak sentuh tentang keikhlasan dalam perjuangan. Perjuangan di sini bermaksud usaha dalam merealisasikan matlamat kerja kita. Tak kira la kita ni pangkat tinggi atau rendah, masing - masing ada matlamat.

Dalam kita bertugas untuk mencapai matlamat, setiap kita pasti mahu merasa naik pangkat sebab lebih pangkat, lebih 'masyuk'.. gaji lagi besar la selalunya...  Soalnya sekarang, apakah nilai kerja kita ini semata - mata berdasarkan gaji kita sahaja tanpa memikirkan natijah hasil kerja kita?

Sedih apabila acap kali kita melihat ada di kalangan kita yang kononnya saudara seagama sebangsa yang kononnya satu kiblat, berlaga bersengketa sesama sendiri demi mencapai pangkat dan kedudukan. Sanggup mereka ni memfitnah, membuat tomahan tanpa periksa dan timbang tara. Menikam dari belakang sudah biasa bagi mereka. Tambahan sekarang ini mereka menggunakan facebook, whatsapp dan macam - macam app lagi lah dalam usaha mereka menjatuhkan orang lain.

Walhal, dalam sedar, mereka tahu diri mereka pun sebenarnya bukan la layak sangat pun tapi dari melihat orang lain naik pangkat, mereka mula membuat onar untuk menjatuhkan sesiapa sahaja musuh mereka. Macam inikah Islam? Macam inikah Melayu? Tak rasa jijik ke?

Memang dari zaman purba pun orang - orang macam ini dah wujud. Tapi pada zaman sekarang ni, apa salahnya kita matangkan diri kita dan lakukan apa yang kita belajar iaitu bersabar dan sentiasa redha. Orang lain dapat rezeki, kita terima keadaan sudah la. Kan semuanya Allah SWT dan tentukan?
Apa salahnya kita bersyukur dan gembira bersama saudara - saudara yang yang bernasib baik?

Aku tak kata kita tak boleh berusaha untuk pergi lebih tinggi dalam organisai kita. Tapi buat la dengan cara yang betul. Kalau ada orang yang lebih layak, kita beri sokongan. Bantu dia dalam kerja dia bila dia naik pangkat. Bukan buat onar supaya dia jatuh walau kita tahu kita langsung tak layak.

Ini salah satu sebab kenapa bangsa Melayu semakin hari semakin mundur dalam ekonomi. Kita tak bersatu hati dalam menjalankan tugas yang diamanahkan Kita kena ingat, organisasi kita umpama sebuah jentera dan kita ni sebagai komponen - komponen besar dan kecil jentera tu. Kalau satu komponen tak berfungsi dengan betul, jangan harap jentera tu akan berfungsi dengan sempurna.

Satu lagi persoalan terhadap golongan yang mengemari hasad ini, tidakkah terfikir mengapa kita tidak terpilih untuk naik pangkat atau maju dalam kerjaya kita? Apakah kelayakan kita? Macam mana personaliti kita? Kita ada jatidiri ke dalam kerja? Adakah kita bertindak melulu tanpa usul periksa? Berita yang kita kipaskan kepada orang lain, adakah sahih beritanya atau sekadar hembusan khabaran angin? Tak pernahkah dengar "Memfitnah lebih besar dosanya dari membunuh"?

Dari itu, muhasabah lah diri kita dalam kita bekerja sehari - hari. Perelokkanlah sasiah kita, pekerti kita dan jiwa kita. Belajarlah bekerjasama. Belajarlah untuk berkata yang benar. Belajarlah untuk tidak bersengketa. Semua ini sudah ada dalam minda kita, cuma syaitan meniup angin nafsu agar kita berpecah belah.

Renung - renungkanlah seandainya bermanfaat...

Sehingga di lain kali
Mohd Shazman

No comments: