Saturday, September 30, 2017

Air Oh Air

Assalamualaikum wtb dan Salam bersua

Semoga hari ini semua kita berada di dalam keadaan sihat sejahtera dan cukup kandungan air dalam badan kita. Yup.. you read right.. AIR.. English cakap water..

Apahal lak mamat ni cakap pasal air pulak dah?

Ni mesti ada antara readers yang membaca ni bertanya2 dalam kepala. Haa.. kita semua tahu air antara unsur yang penting dalam hidup kita.  Air 70% part of our body lah.. kena minum air 2 liter sehari lah..  air ni 70% dari bumi lah.. semua orang tahu. Tapi tak semua orang tahu nak jaga air. Uiihh.. mesti la kena jaga air. Habis, nak minum guna air, nak masak guna air, nak mandi  membasuh bersuci, semua nak guna air. Kiranya air la jaga kita. Dah tu, air je jaga kita, kita tak jaga air? Tak patut… tak patut…

 

Korang tengok pic atas. Ni Sungai Gombak, laluan kat Masjid Jamek Kuala Lumpur. Mungkin ada yang tak tahu, DBKL tengah cantikkan sungai2 kat KL. Contohnya macam kat atas la.. River of Life nama projek tu. Ok la tu.. usaha kerajaan. Bukan sikit belanja nak buat kerja2 tu. Kena bayar kontraktor berapa dah, komisen kroni berapa dah, komisen orang2 tertentu dalam jabatan2 tertentu berapa dah.. huiii.. banyak belanja. Ye lah.. tak kira la siapa makan apa dan banyak mana tapi natijahnya, sungai tu nak dicantikkan. Ok fine.

Yang jadi isu, ada la entah malaun2 dari mana, cemarkan sungai. Malaun2 tepi sungai la selalunya. Malaun2 yang bukak kilang tepi sungai, malaun2 yang duduk tepi sungai or malaun2 yang gunakan sungai untuk santai2. Dibuang la sampah, sisa toksik, perabut lama.. kereta lama pun ada.. Bodoh betul la.. Ni bukan setakat sungai2 kat lembah klang je.. SATU MALAYSIA punya cerita ni.   

Sekarang ni, siapa nak kita salahkan? Ya! Diri kita sendiri. Jangan tunding jari pada orang lain tapi diri kita sendiri. Kita manusia ni, semua dah paham bersih tu benda basic dalam hidup (kecuali la orang yang tak boleh fikir walaupun dah tua bangka). Dalam Islam pun kebersihan dipentingkan. Tapi tengok la orang kita (termasuk orang asing yang menumpang). Nak mudahkan kerja, pemalas punya pasal.. dicampak je bahan2 buangan dalam sungai. Orang2 dulu, habis banyak pun dia buang najis je.. zaman sekarang ni segala macam benda dibuang. Agaknya dia nak samakan benda2 lain dengan najis dia agaknya. Jadi, boleh la aku buat persamaan juga.

Kalau bahan2 buangan tu di anggap najis orang2 macam ini, sampah yang dibuang tu sama la tarafnya dengan orang2 semacam ni. Ya.. orang yang perangainya membuang sampah ke dalam sungai atau merata2 tempat, aku kategorikan orang semacam ni, 'sampah manusia'. Jadi siapa2 yang pernah buat kerja2 macam ni.. anggap la diri korang tu sejijik level sampah. Tak suka? Sorry.. but that's you

Sekian

Wasalam.

Note To Self

Assalamualaikum wtb dan Salam Bahagia..

Ya.. sudah beberapa lama aku tidak berkarya.. Aku tak boleh la nak cakap aku sibuk sangat sampai tak boleh nak masukkan blog entry. Main game kat tab boleh ja ada masa… Sejujurnya, aku dalam beberapa hari ni rasa sedikit low spirited… lemah semangat..

Aku tahu perasaan ni tak patut aku ada. Let’s be honest.. aku tak nak hide. Selama beberapa hari ni, aku telah berjumpa atau mendapat khabar orang2 di sekelilingku semakin berjaya dalam hidup. Don’t get me wrong.. aku suka mendapat khabar bila orang2 sekeliling aku dan orang tersayang mendapat kerja baru, berpangkat tinggi  dalam organisasi yang hebat atau mendapat rezeki yang melimpah ruah. Aku bangga, aku tumpang gembira, aku bahagia.

Cuma aku terkilan dengan apa yang aku ada. Nope, aku tidak menidakkan qada dan qadar atau ketentuan Allah SWT. Aku tak sangkal rezeki aku setakat ini je atau banyak mana yang aku dapat ni dah Allah SWT tentukan sejak azali. Yang aku terkilan, 45 tahun usia aku, usaha aku tak seberapa. Ye la.. kan ada dah ayat “ Berkerjalah seolah2 kamu akan hidup selama2nya dan beribadahlah seolah2 kau akan mati esok”.

Point aku satu je. Aku tak cukup berusaha untuk mencapai apa yang aku nak. Memang la Allah SWT dah tentukan nasib aku macam ni tapi aku tak sehabis usaha. Aku belum letak 100% effort dalam usaha aku. Maybe kalau aku letak usaha 100% pun nasib aku tetap aku macam ni tapi at least aku dah buat yang terbaik. Ni aku rasa belum cukup usaha aku. Tu yang aku tak puas hati. Maybe itu juga sebab aku selalu tertanya2, “kalau aku buat X, apakah uasaha aku akan menjadi Y sedangkan aku sekarang berada di takuk ini.

Deep in me, aku tahu aku seorang yang sangat capable. Aku tak rasa la aku ni bodoh sangat tak reti nak buat kerja BUT buat masa ni, resources aku amat terhad untuk aku bergerak. Yes aku nak bergerak atas kapasiti seorang yang berpangkat, berpendapatan tinggi, tokoh yang disegani (tokoh benda baik je). Namun apakan daya? Aku terima dan aku akui apa yang Allah SWT dah tentukan untuk aku sejak loh mahfuz, aku redha.

Tapi aku tak nak stop here. Aku kena cari punca dan kekuatan untuk berusaha lebih gigih dan lebih tekun untuk nak capai cita2 aku. Allah SWT adil dalam memberi kita tulang 4 kerat dan akal untuk mencari jalan mencapai cita2 kita. Tapi kenapa aku gagal sedangkan ramai berjaya. Apa beza dia orang dengan aku? Apa lebihnya mereka dengan aku? Ya.. cara aku gunakan tenaga dan akal aku. Itu yang perlu aku  perkasakan. Bukan mudah untuk aku mencari punca atau titik aku improve myself. Banyak ilmu yang perlu aku cari. Banyak sumber yang perlu aku usahakan. Tapi bagaimana.. di mana… dari siapa perlu aku timba ilmu… Ya Allah… bantulah hambaMu ini.. berilah aku taufik dan hidayah… kurniakan aku ilham..
Amminnnn

Sekian dan wasalam

Shazman

Thursday, September 21, 2017

Maal Hijrah

Assalamualaikum dan Salam Mesra

Semoga pembaca2 berada di dalam keadaan sihat sejahtera. Agaknya ramai yang sudah berada dalam weekend mood sementelah esok adalah cuti umum. Mungkin ada yang dah pergi bercuti, balik kampung dan sebagainya.

 Hari ini adalah hari terakhir bagi tahun Islam 1438 Hijriyah. Maka setahun sudah kita lalui bersama banyak nikmat dan kurniaan Allah SWT yang tidak terhingga. Sehari - hari kita tempuhi, banyak limpahan rezeki yang Allah SWT curah kepada kita... termasuklah dugaan dan musibah. Ye .. betul... Musibah dan dugaanlah yang Allah SWT beri tu mengingatkan kita pada Allah SWT, membersihkan dosa2 kecil in shaa Allah dan mungkin menjadi a lesson pada kita supaya menyedari kelemahan kita.

 Bila nak masuk tahun baru ni, ramai yang tahu, ada doa akhir tahun dan awal tahun yang boleh kita amalkan.. ramai jugak yang tahu tapi aku nak share jugak la apa yang aku ada...


FADHILAT DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun Hijrah dibaca beberapa minit sebelum masuk waktu Maghrib (Akhir waktu Asar penghujung tahun Hijrah). Doa ini dibaca sebanyak tiga (3) kali. Barang siapa membaca doa ini daripada waktu yang telah tersebut maka berkatalah syaitan kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini maka dibinasakan dengan satu saat jua dengan sebab membaca doa ini maka diampuni Allah sekalian dosanya yang setahun ini.




DOA AKHIR TAHUN HIJRAH DALAM BAHASA MELAYU

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam, Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad berserta keluarga dan sahabat-sahabat baginda.
 Ya Allah! Apa yang telah kami lakukan pada tahun ini dari perkara-perkara yang Engkau larang dan kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tidak redhainya dan kami telah melupakannya sedang Engkau pula tidak melupakannya dan Engkau berlemah lembut kepada kami sedang Engkau berkuasa mengazab kami malah memberi kami peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat kepada-Mu. Oleh yang demikian kami memohon keampunan-Mu, maka ampunkanlah kami. Dan apa-apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari perkara-perkara yang Engkau redhai dan Engkau telah menjanjikan ganjaran pahala kerananya, maka kami memohon kepada-Mu Ya Allah,Tuhan yang Maha Mulia, yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerimanya (amal bakti) yang telah kami lakukan dan Engkau tidak menghampakan harapan kami, wahai Tuhan yang Maha Mulia.
Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad berserta keluarga dan sahabat-sahabatnya. Dan segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam.

 FADHILAT DOA AWAL TAHUN HIJRAH

 Doa Awal Tahun Hijrah dibaca selepas menyempurnakan Sembahyang Fardhu Maghrib awal tahun Hijrah.Doa ini dibaca sebanyak tiga (3) kali.Barang siapa membaca doa ini maka bahawasanya syaitan akan berkata telah amanlah anak Adam ini daripada aku barang yang tinggal umurnya pada tahun ini kerana bahawasanya Allah Taala telah mewakilkan dua Malaikat memelihara akan dia daripada fitnah syaitan.




DOA AWAL TAHUN HIJRAH DALAM BAHASA MELAYU
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam, Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad berserta keluarga dan sahabat-sahabat baginda.
Ya Allah! Engkaulah Tuhan yang kekal untuk selama-lamanya sedia ada lagi tiada permulaan. Kelebihan-Mu Maha Agung dan kemurahan-Mu amat melimpah yang sangat-sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru ke atas kami, kami mohon kepada-Mu perlindungan pada tahun ini daripada syaitan yang direjam dan konco-konconya serta bala tenteranya, kami juga memohon kepada-Mu pertolongan mengalahkan runtunan nafsu yang mendorong ke arah kejahatan, dan kami memohon kepada-Mu kerja-kerja yang boleh mendampingkan diri kami kepada-Mu, wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.
Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad berserta keluarga dan sahabat-sahabatnya. Dan segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam

Moga apa yang aku share ni, boleh menjadi sedikit perdoman bagi pembaca semua.

 Akhir kata...

Dengan segala kerendahan hati, 
pada hari terakhir tahun 1438 H, 
Aku  
*MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN* 
pada semua atas salah dan silap di sepanjang tahun 1438 H. 
 Semoga dengan kedatangan tahun baru Islam 1439 H pada hari Jumaat 22 September 2017  akan memberi sinar baru, 
*HIJRAH* 
dalam diri kita semua menuju kebaikan. Semoga kita sentiasa dalam lindungan, rahmat, dan berada di dlm keredhaan Allah swt...  Dan semoga dalam setiap langkah ikhtiar kita di Tahun 1439 H... Kita akan mendapat kelimpahan, keluasan dan keberkahan rezeki untuk bekal dalam kita beribadah di jalan Allah, dengan suasana yang tenang dan damai dalam kehidupan.                   
_*SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRIYAH 1439*_


Sunday, September 17, 2017

Anak2 Kita Macam Mana Pulak?

"Please write something pasal Darul Ittifaqiyah. Aku sedih la.. how can budak2 bergaduh sampai berbunuh ni."

Ok my dear... this is for you.

Assalamualaikum wtb.. salam sejahtera.

Sad.. yup... very sad indeed. Lepas beberapa hari, rakyat Malaysia disajikan berita kemungkinan sebab kejadian kebakaran yang meragut nyawa2 tak bersalah di Darul Ittifaqiyah. Dah tentu ramai yang bercakap pasal hal ni. Time lepak, selalunya aku bersembang hal lain tapi malam tadi, tragedi ni jadi topik bualan.

Aku singkap sikit kronologi tragedi ni. Sekumpulan budak nakal, hisap ganja dekat area pusat tahfiz ni tapi kantoi. Some budak2 tahfiz ni mengejek la. Masa bila kejadian mengejek, aku tak sure. Kemudian, budak2 nakal ni nak balas dendam. Kalau ikut media polis, budak2 ni beli petrol, then guna gas memasak and bakar asrama pusat tahfiz ni. Then pintu keluar pun dihalang dengan tilam kalau tak silap. Apa pun, sangat brutal la. Memang niat hati budak2 nakal ni nak berdendam walau apa pun natijahnya.

Budak2 nakal ni pun dah kena tahan, kena reman dan sedang disoal siasat. Apa yang dia orang soal siasat, biar la PDRM buat kerja dia orang. Yang aku nak persoalkan now is, what is the actual cause? Where did all this begin? Apa sebenarnya punca benda ni berlaku? Ok.. kita tengok balik umur budak2 yang kena tahan. Roughly 12 tahun ke 18 tahun? Masih mentah, masih anak2, masih belum matang dan tak boleh berfikir dengan baik. Lalu siapa yang perlu menjadi "pengikat" kepada anak2 ni supaya tak begitu bebas dalam tindak tanduk anak2 ni?

Ok.. jap.. aku share petikan ni, ihsan group whatsapp sepupu2 aku...

Kalau dulu budak2 bergaduh bile ade yg nangis semua takut dan lari dan stop gaduh siap nyesal lg...
*Sekarang gaduh, buli, dendam sampai mati dan membunuh..!!!*

Kalau dlu budak2 nk hisap rokok menyorok dlm semak belukar takutnya org dewasa marah dan tegur...
*Sekarang hisap rokok kat food court atau stesen bas atau depan sekolah siap baju sekolah lagi..!!!*

Zaman dulu budak2 tak berani keluar malam lebih dari waktu Isyak..
*Sekarang tak balik rumah pun ibubapa relax jer...!!!*

Zaman dulu habis kuat nakal anak pompuan tak pakai tudung jer keluar rumah...anak lelaki mungkin seluar pendek ke hulu ke hilir...
*zaman sekarang anak pompuan pakaian macam telanjang dengan ketat dan nipis dedah dana sini..anak laki pulak tak reti pun tukar pakai seluar panjang bila tamu datang...mak bapak relax jer senyum..!!*

Inilah hasil didikan kita..tepuklah tangan untuk diri sendiri kerana menghasilkan generasi sampah...

*Sebab apa????*

Sebab kemalasan kita ibubapa menuntut ilmu agama mnyebabkan kita tak mampu mendidik zuriat sendiri....!!!

Sikap kita ibubapa terlalu sambil lewa dalam bab pendidikan agama anak2..bagai melepas batuk di tangga..!!!

Sedarlah wahai sekalian ibubapa/penjaga...

*Kata Saiyidina Umar Al-Khattab:*
Jika kalian tidak memberi didikan agama secukupnya kepada anak2 kalian..maka tunggulah saatnya mereka menjadi anak derhaka!!!!

Dan hari ni kita melihat 1 demi 1 natijah yang berlaku kepada anak cucu zuriat keturunan kita yang melakukan berbagai perkara yang tidak boleh diterima akal sihat sehingga sanggup menjadi PEMBUNUH/PEMBULI/PERAGUT/PENYAMUN/PEROGOL DAN LAIN2 JENAYAH melampau pada usia yang masih sangat muda...!

Sedarlah wahai sekalian ibubapa...kembalilah kepada agama..kembalilah kepada fitrah manusia yakni HIDUP BERAGAMA.

Wallahuaalam

Nah.. senang cerita, fokusnya adalah pada ibubapa.. THATS RIGHT.. parents. Banyak parents nowadays anggap mereka dah bagus dalam membesarkan anak2. Yes, ada yang benar, ada yang tak. Ok., dalam kes ni, obviously tak la. Anak2 keluar lewat malam, beli petrol sendiri (mana dapat duit), naik motor (ada lesen ke tak) yang aku jangka tak pakai helmet and get this, boleh lepak kedai and berbincang nak berdendam (too much exposure?). Whoa.. dah macam gangster. Tu tak termasuk dia orang main ganja...

Some parents nowadays yang aku tengok, longgar kawalan pada anak2. I mean, dia orang don't mind apa anak2 buat. Nak ke mana, nak buat apa.. biar je. Aku tak nak la specify di area mana budak2 tu stay or level apa budak2 ni dari segi ilmu, pendedahan dan pendidikan sebab nanti aku digelar stereotyping tapi kalau bagi siapa yang boleh dapatkan maklumat semua tu berkenaan budak2 tu, kita boleh agak how they were brought up made them into what they are. Bukan la semua parents lepas anak2 dia orang bebas. Even ada anak2 yang bebas ke sana sini masih boleh berjaya. Puncanya dari parents.

Yang paling mustahak, hubungan parents dengan anak2. Anak2 remaja ni, parents tak boleh lepas. Parents kena jadi best friend pada anak2. Face it. Anak2 remaja ni lagi suka bercakap dengan kawan2 dari keluarga. So parents need to be best friends to their children so that parents will be the first people anak2 ni akan turn to when they want to confide. Ingat.. kadang2 masaalah anak2 ni kalau kawan2 dia yang tahu, boleh makan balik anak2 kita. Maklum la.. teenager. How much can you a trust a teenager?

Kedua, anak2 ni kita kena spot check.. beg sekolah, bilik tido, handphone dia orang.. Ni bukan soal tak percaya... tapi memang tak percaya pun.. not 100% at least... baik macam mana pun gaya anak tu.. tetap kena spot check. Tapi jangan la spot check macam dalam askar tu. Just make it casual.. make it light.. bukan macam nak mencari kesalahan, just show kita care. Tapi anak2 remaja ni akan surely memberontak pada mulanya.. kena remain cool la parents. Lama2 dia orang akan faham yang kita care.

Ketiga, know their friends. Key poh chee la sikit hal anak2. Jangan tak tahu anak2 remaja ni bercampur dengan siapa. Galakkan kawan2 anak2 kita datang ke rumah. Mak2 pun, jangan la berkira. Masak la lebih kurang kalau kawan anak2 datang. Bapak2 pun, join la borak ngan kawan anak2. Be friends with them. Get to know them. Siapa mak bapak dia orang. Latar belakang budak2 tu. Mana hang out dia orang dan sebagainya. At least anak2 kita tahu kita sporting and kawan anak2 kita tahu anak2 kita selalu

Banyak lagi benda yang parents kena perhatikan pasal anak2 remaja. Paling utama above all, dari aspek keagamaan. Akidah dia, akhlah dia... dan lain2 aspek, semua kena pantau. Aku pun ada 3 anak sendiri, sorang dah 15 tahun, sorang 11 and last sekali 10..  aku berpesan pada diri.. aku yang kena main peranan untuk anak2 aku supaya tragedi Darul Ittifaqiyah tidak berulang in shaa Allah...

Unwanted help

Assalamualaikum wtb dan Salam sejahtera

Hows everyone today?  Echewah.. speaking pulak kali ni.. heh heh.. Anyhow, I am just in a mood to write today. maybe its the frustration in me that spurs me. Frustration that evolves around the attitude of some people whom I classify as silly.

Some people, who are sent by God to a place of occurrence, in particular accidents or incidents which require immediate assistance, somehow just whips out their phones and becomes instant cameramen just for the sake of uploading it onto the social media.

We have seen many instances people having first hand camera shots on events which I think, if they would just put off their phones and try to help rescue the victim. Be it life threatening or not, these victims deserves help first than being hot news. Why would anyone be so selfish, not attempting to consider saving another person on the pretext that he or she was  ot capable at that moment but was capable to step up close to the victim for a video shot.

Senang cakap, ramai la yang nak jadi hero.. aku la yang pertama sekali dapat info, aku la yang pertama up video dalam fb.. aku la yang famous. Tapi dia lupa yang dia yang hipokrit, pengecut dan orang yang pentingkan diri sendiri paling besar dalam dunia pada ketika tu. Kau tak fikir ke perasaan mangsa.. atau keluarga mangsa? Tak ada rasa nak menjadi manusia ke ketika tu? I mean.. look eh.. orang tengah merana, kau boleh ambik phone kau and ambik photo or video. And then sebarkan dalam media sosial. Wait. Kau cakap kau nak sebarkan maklumat? Apsal? Kau tak diterima kerja dalam syarikat surat khabar atau tv, so kau decide nak jadi reporter tak bertauliah? Sedangkan mangsa depan kau tu..

Please la people.. belajar jadi manusia boleh tak? Belajar berfikir.. jangan jadi hamba media sosial. Kau tak dapat apa2 pun jadi reporter tak bertauliah. Silap2, dapat dosa je sebar aib orang. Belajar la membantu yang sepatutnya.. Wanna be a hero, help one another not help yourselves.

Wasalam
Shazman

Friday, September 15, 2017

Suratan atau Kebetulan

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera.

Salam Jumaat...

Apa khabar semua? Harap - harap sihat semuanya hari ni. Masih ada antara kita yang mungkin masih terkejut atau terasa dengan kejadian tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Iffifaqiyah. Ini satu tragedi yang saya sebagai seorang ayah, sukar untuk menerima. Apatah lagi 22 nyawa anak - anak yang masih kecil menjadi mangsa. Ya.. macam - macam spekulasi yang diutarakan, terutama oleh pakar - pakar tak rasmi facebook atau  whatsapp dan sebagainya. Tak mengapalah.. biarlah dia orang dengan kepakaran mereka. Apapun, mari sama2 kita sedekahkan Al Fatihah buat semua yang terkorban.

Satu perkara yang  boleh saya panjangkan di sini adalah, mungkin, penerimaan kita kepada takdir dan ketentuan Ilahi. Biarlah melibatkan kematian, kehilangan harta benda, putus keinginan atau kehendak atau yang lebih kerap berlaku, berputus kasih atau berjauhan dengan pasangan. Ini mungkin kita telah berusaha bersungguh -sungguh untuk menjayakan sesuatu. Berusaha belajar untuk mendapat keputusan baik dalam peperiksaan atau; berkorban masa tenaga, harta dan masa demi yang tersayang; atau melakukan yang terbaik demi majikan dan tempat kita bekerja. Namun, apa yang berlaku? Mungkin kita gagal dalam peperiksaan atau; berputus kasih atau ditinggalkan pergi atau; usaha kita tidak diendah majikan malah dianaktirikan. Lalu apakah maknanya semua ini?

Memang kita sebagai manusia tidak lekang dari diuji Allah SWT.   Firman Allah: ” Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (Al Ankabut :2 ). Persoalannya, sejauh mana kita mengerti dan faham bahawa ujian yang Allah SWT beri kepada kita ada sebagai tanda Allah SWT memberi ingat bahawa kita masih dikasihi. Andaikan kita sebagai anak, jika tidak ditegur ibu bapa.. nak buat apa saja pun, buatlah. Kalau buat baik, buat la.. nak buat jahat pun, buat la. Mak ayah pandang je dari jauh (itu pun kalau dipandang) dan buat tak tahu. Ini kes bukan tak ditegur.. dah pernah ditegur malah dimarah . Tapi anak - anak yang jenis tak makan saman, kata orang... dia akan terus je buat apa dia nak. Umpamakan Allah SWT tidak memberi ujian atau dugaan. Sampai satu ketika, agak - agak kita tak terasa ke "eh.. aku ni buat salah je tapi elok je life aku.." ha.. kan something wrong somewhere..?

Memang.. ada ujian - ujian yang berat untuk ditanggung. Orang tersayang meninggal dunia.. Allah.... sedihnya menanggung. Berpisah jarak dengan kekasih... Allah... sunyinya. Harta dicuri... Allah... ruginya rasa. Tapi semua tu.. orang tersayang, harta tersayang.. kita punya ke? Badan ni pun bukan kita punya.. lagikan yang lain- lainnya. Ungkapan paling mudah, redha je la.. atau sabar je la. Ungkapan tinggal ungkapan tapi sedih kecewa dalam jiwa, tak siapa yang boleh ukur. Hanya terserah pada kita cara untuk menanggung. Paling afdhalnya, redha dengan ikhlas. Aku tak kata kita tak boleh bersedih tapi berpada - pada la. Bila melebih - lebih, itu yang dah jadi benda2 negatif, sampai ada yang menjadi murung, hiba, kurang siuman dan sampai mengambil nyawa sendir  nauzubillah.Apa pun, ingatlah Allah SWT tidak menguji hambaNya lebih dari kemampuan hambaNya menanggung.

Aku tak boleh la nak cakap macam mana nak hadapai ujian pada orang lain. Itu cara dan kemampuan masing2. Bagi aku sendiri, aku lebih suka berdiam dan simpan di dalam. Dalam pada tu, aku mungkin akan membuat tindakan dan keputusan yang mampu mengubati hati aku. Bukan la berdendam tapi mungkin tindakan aku mungkin bersifat mengubati hati sendiri.  Mungkin ada yang akan terluka rasa dengan tindakan aku, mungkin ada yang boleh menerima atau ada yang mungkin tak endah pun tapi aku perlu mengubati hati aku sendiri bila sedih, ye dak? Face it, no one really cares how you feel. So, live your life and let no one break your stride.

Till then, Wasalam

Shazman

Wednesday, September 13, 2017

Mutiara Kata 2

Assalamualaikum and Good Morning everybody...

Apa khabar semuanya pagi ni.. semoga kita semua di dalam limpah rahmat Allah SWT. Saya rasa, ada antara kita pada hari ini masih terasa kehilangan Almarhum Sultan Kedah yang kita kasihi. Al Fatihah buat baginda. Semoga rohnya dicucuri rahmat in shaa Allah... Baik.. kita sambung celoteh sikit pagi ni ... sambil lap hingus.. tentang peradaban dan cara komunikasi kita sehari2. Tempoh hari dah sembang tiga poin.. hari ni kita sembang dua tiga poin lagi... boleh kan?

Poin ke empat,  setiap hari, jadi pada kita atau tak, pasti ada saudara2 kita yang kurang bernasib baik. Dia orang ni akan datang pada kita minta belas.. sama ada minta sedekah, jual tisu, dan macam2 lagi. Ada yang sempurna anggota, ada yang cacat dan kurang upaya (betul atau tidak, bersangka baik sudah). Kita kena ingat, rezeki yang kita dapat ni, tak semua milik kita. Kadang2, rezeki yang kita dapat, sebahagiannya milik orang2 susah yang minta ikhsan tadi. Apa salah kita beri seringgit dua? Tak luak pun duit kita sedangkan bil makan kita RM20 - RM30 kalau 3 orang makan kat KL ni. KALAU tak nak beri pun tak pe sebab sedekah bukan wajib tapi jangan la dia orang ni kita kasari. Tolak permintaan dia orang baik2. Dah berpuluh tahun hidup di KL ni, aku tengok, masih ada orang (sengaja aku tak gelar manusia) yang biadap, kurang ajar... sanggup berlaku kasar dengan orang2 susah ni. Come on.. kita yang ada income ni, yang rezeki baik sikit dari orang2 susah tu, kena la insaf. Apa yang kita ada ni, Allah bagi pinjam kejap je. Sekali Allah tarik balik nikmat hidup kita, silap2 nanti, kita kena minta sedekah juga. Jadi, cubalah jangan terlalu riak dalam hidup.

Kelima.. kita semua pasti tak lepas dari marah. Macam2 la term orang cakap level2 marah ni. Marah, meroyan, mengamuk... eh.. macam2 la.. tapi yang pasti, punca dia satu je.. nafsu.. nafsu amarah. Look.. aku tak kata kita tak boleh marah TAPI kaji balik, kenapa nak marah? Perlu ke marah? Kalau tak marah, adakah lagi bagus? Ye.. aku paham, memang kadang2 ada benda yang tentu2 buat kita marah, even... ada tok imam masjid pun kalau tayar motor dia kena toreh akan marah. Tapi, kaji balik. Perlu ke marah? Pergi tukar tayar, settle la. Kalau marah bagai nak rak pun, tak akan pulih tayar tu.. ni contoh..
Kalau kita marah pun, dan bila melepaskan marah, tak payah la sampai mengamuk memaki hamun. Just luahkan apa dalam hati and done, tak payah nak melebih2 (ni pesanan untuk diri aku sebenarnya.. kalau ada yang terasa, sorry...). Kerap aku perasan, bila aku dalam keadaan marah and aku cool down, banyak benda yang boleh settle. Sebaliknya kalau aku mengamuk terus, jarang sangat benda akan settle and kadang2 tu, makes things worse. So.. lesson learned.

Keenam and last for today, cara kita melayan orang yang lebih tua. Tak kira la mak ayah kita, bos kita, jiran2, orang2 di jalanan and mana2 lah, asalkan lebih tua dari kita. Kata kunci dia HORMAT. Semua orang boleh sebut 'hormat' tapi nak buat, elek.. poccik.. terutama generasi muda sekarang. Kau perasan tak walau guna handphone masa bercakap dengan orang tua pun boleh dianggap biadap?  Ni kan pulak bila orang menyapa atau menegur.. langsung tak diendah.. malah melekat memanjang tumpuan pada gadjet. Tu belum lagi cara menjawab, cara bercakap, cara meminta and macam2 lagi. Aku pernah la, bila anak2 muda ni respon dengan biadap, aku tegur direct. Bukan maki hamun, just tegur tapi cukup la nak buat anak2 ni terkesima. Lepas tu minta maaf. Ye aku maafkan tapi please la.. learn.. anak2 muda sekarang ni pelapis generasi yang lebih tua. So, belajar la jadi manusia... bukan sekadar jadi orang. Tingkatkan budi, santunkan sopan dan pelihara kata2.

Ok dah.. cukup dulu.. lain kali kita celoteh lagi.

Till then, wasalam
Shazman.


Wednesday, September 6, 2017

Betul ke idak ni?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Firstly, Salam Aidil Adha and Salam Sehati Sejiwa.. walau dah banyak hari berlalu...

Malam ni aku nak speak freely. So, pardon my words. Ni pasal spreading words or news on the internet. Doesn't matter if its through whatsapp, facebook, instagram, twitter or whatever means.

Baru2 ni, heboh pasal a Thai Food outlet di Bukit Jelutong.. Soi 55 yang baru bukak recently. Konon ceritanya, kedai ni tak halal. Puncanya tak de sijil halal and cerita bermula from one hamba Allah yang ikut cerita, jumpa dengan owner kedai ni and bercakap pasal halal isu ni.. I guess that person is a guru in Halal Certification as she is being so vocal in this issue. To me that's fine.. help la the owner to establish IF that outlet is halal or not.

Yang tak sedapnya, dia boleh pulak post benda ni on the net.  Yang tu aku tak setuju. Look. Kalau kedai tu BETUL2 ada serve benda yang haram, then it is haram. Clear cut. Ini.. benda belum clear cut, dah chop kedai tu "was -was".. yang aku paham, kalau was-was, tak boleh makan. And salah satu punca dichop was-was sebab kedai ni tak boleh produce sijil sembelihan halal pada masa tu. So heboh lah sampai entah ke mana - mana tempat benda ni. Then, mulalah timbul ustaz ustazah tak bertauliah komen itu dan ini. Ada pulak yang nasi tambah cakap.. oh.. outlet itu serve alkohol, outlet ini boleh makan etc.. ddduuhhhhh... cakap macam bijak pandai walhal apa benda dia cakap tu pun without knowledge, without any consideration and yang pasti without proper fact finding. Last2, hari ni Soi 55 tunjuk sijil penyembelihan halal dari supplier dia. HAH KAU!!! Simply put.. hamba Allah yang mula2 bukak cerita ni dah buat satu fitnah nauzubillah. Be clear that aku langsung tak de kena mengena dengan this Soi 55.

And what I have just said applies to ALL postings on the internet. Tak kira la dalam berpolitik, dalam perniagaan malah dalam kes di stas, kononnya mencari yang halal itu wajib sedangkan kata2 yang tersebar tu boleh jatuh haram.

You may be the most powerful person on earth tapi bila kau bercakap without facts and baseless, your words are simply pointless and not worth being said. Kalau tak tahu... diam. Kalau tak pandai... diam. Kalau tak reti pun.. diam. Jangan berlagak nak jadi hero konon tapi apa benda yang dicerita pun just hear say news. Entah berapa orang dok sebar the news, baru sampai ke pengetahuan dia, dia pun berlagak konon  dia la yang paling berilmu, dia la paling pandai. Yang aku paham, kalau menyebar berita palsu, yang salah boleh jatuh fitnah.. and kalau boleh menjatuhkan maruah mangsa fitnah, menabur pasir dalam periuk nasi orang dan yang sewaktu dengannya, wajib kita memohon maaf secara terbuka.. supaya fitnah tu dapat diperbetulkan.

So.. to all my readers, mind your postings.. jangan sebar atau mulakan fitnah dalam internet. Kalau sekadar nak berkongsi info2 biasa, silakan tapi kalau info yang boleh memudaratkan dan membawa fitnah, be very careful. Study dulu sebelum post. Gunakan akal sebelum bertindak. Kalau nak spread words, make sure 1000% you know what you are saying. Jangan kita champion the issue tapi akhirnya dapat tahu benda tu palsu.. jangan la nak guna tagline "Eh.. saya bergurau saja"... trying saying that in Padang Mahsyar.

Till then
Wasalam

Shazman