Tuesday, August 29, 2017

Dari Sekolah Untuk Negara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sedar atau tidak, dah makin dekat kita dengan hujung bulan. Cuti panjang la. Dengan Hari Merdekanya, dengan Raya Hajinya... dengan kopak poketnya.. standard la tuu...

Oh ya.. beberapa hari lepas, aku ada jalan kaki dekat2 area PWTC. Then aku terpandang SMK Maxwell. Aku memang suka tengok bangunan2 lama ni macam St John Institution and Victoria Institution. Wait. Apa persamaan ketiga2 bangunan tadi.. YES!!! Semua tu sekolah yang berusia 100 tahun atau lebih. Wow.. dah seratus tahun la sekolah2 ni wujud. Centenials.

Dalam negara kita, aku congak, ada tak kurang dari 20 sekolah centenials ni yang berstatus elite. Dengan  Penang Free Schoolnya, dengan Malacca High Schoolnya sampailah ke Bukit Bintang Girls School (yang dah diroboh untuk dibina a stupid shopping mall), semua sekolah2 ni dah lahirkan ramai tokoh2.  Aku pun pernah merasa pergi ke dua buah sekolah dalam kumpulan ni. Maktab Sultan Abu Bakar, MSAB, (English College) Johor Bahru 1985 - 1986 dan Kolej Sultan Abu Bakar , KSAH, Alor Setar 1987 - 1989. Serious, aku rasa bangga pernah belajar di sekolah2 ni. Although memori aku lebih banyak di KSAH, MSAB tak kurang jugak kenangan. Boleh kata tiap kali aku ke Johor Bahru atau Alor Setar, aku akan curi masa untuk pergi tengok sekolah2 lama aku. Aku just rasa a sense of belonging to my schools

One thing aku nak sentuh, selain kita belajar the normal education in school, did we not learn how to be more human? Maksud aku, kita tak belajar untuk menjadi insan ke? Simply put, terutama generasi sekarang... those yang masih di sekolah, did we not learn to be better persons as we age? A huge percentage of budak2 yang dalam gen y dan gen z kalau kita tengok, are turning themselves and the schools they go to into clowns and circuses. Some schools yang dahulunya kita tahu memang full of elite and respectable students, sekarang ni dah jadi tak de nilai. Even some schools yang dulunya tempat melahirkan tokoh, now dah dilabel sekolah gangster. Kalau terma budak2 sekarang ni.. "MALU DOHHH". I mean, when you to school, wearing your uniform, don't you have that proud feeling? Masa aku pergi sekolah dulu, there were days when aku rasa nak kawad dari pintu pagar sekolah sampai ke kelas sambil nyanyi lagu sekolah kuat2.

My point is, anak2 muda zaman sekarang ni, tak boleh ke have that semangat sebagai seorang pelajar yang mempunyai ilmu kemanusiaan yang mantap? That includes disiplin, jatidiri, kebudayaan, kesopanan, kesusilaan dan patriotisma. Ni yang kita tengok, generasi sekarang ni lebih kepada terikut cara2 barat terutamanya, yang bagi aku sungguh primitive. Tak payah perkara rumit la. Aku interview budak2 sekolah sekitar KL, in school uniforms, bila tanya apakah baris ke empat lagu Negaraku... terkial2 nak cakap. Rukun Negara.. lagi la.. tu belum lagi aku cakap pasal budaya dan pasal sejarah (yang rasanya ada belajar kat sekolah). Even aku tanya sejarah sekolah sendiri pun tak tahu ni.. Sad.. Tapi bila tanya pasal artis, pasal wayang gambar, pasal gadget, pasal computer games, pasal trend.. semua tu dalam finger tips je. Think la.. semua tu will bring you and the country far ahead ke? Look eh.. even if you will not be a leader of a country, you have a duty to uphold your country as its citizen.

If any of my readers are school goers, brothers and sisters.. the future of Malaysia depends on you. Our forefathers have done their best to bring Tanah Melayu to Malaya to Malaysia. Don't let their efforts go in vain. Malaysia ni la tanah tumpah kamu semua. Kami generasi tua akan pergi meninggalkan kamu semua. Please ladies and gentlemen... wake up. This is your Malaysia and it starts from each and every one of you.

Sayangi Malaysia dan pusaka nya

Sehingga nanti
Mohd Shazman

Wednesday, August 23, 2017

Oh Baju ku

Assalamualaikum.. selamat sejahtera,

Macam makin bersemangat pulak nak menulis blog ni.. tapi perangai aku ni kadang2 istiqamahnya low sikit. Moga Allah SWT beri aku ilham untuk terus menulis.

Kali ni aku nak meraban sikit. Ceritanya macam ni. Aku kerja di KL. Satu hari tu, bos aku suruh la aku buat beberapa kerja kat luar. Aku no hal la. Perjalanan aku hari tu, Jalan Ipoh - Chow Kit - Masjid India - KLCC - Pavilion - Jalan Ipoh. Sepanjang tu aku jumpa macam2 orang tapi yang menarik perhatian aku hari tu, Pakistan, Cina, India, mat saleh and of course Melayu.

Ada la beberapa orang, baik lelaki atau perempuan yang menarik perhatian aku. Yang aku perhatikan bukan orangnya tapi pakaiannya. Masing2 dengan pakaian tradisionalnya. Kemudian aku tengok orang Melayu. Tak ada sorang pun yang pakai Baju Melayu. Ala.. yang macam ni...


 atau...  

Yang pic mula2 tu aku rasa mat saleh and yang kedua tu spy Jepun sebelum WW2. 

Sepanjang perjalanan balik ke pejabat, aku terfikir, kenapa orang Melayu tak nak pakai pakaian tradisional sebagai pakaian harian? Apa kekangan Baju Melayu diguna sebagai pakaian rasmi ke pejabat?

Cuma yang kelihatan, pada hari Jumaat je Baju Melayu dipakai ke pejabat. Boleh la pulak kan? Itu pun tak lengkap. Setahu aku, pakaian Baju Melayu yang lengkap, macam ni...


Ehem.. nak jugak enter frame.. 

Anyhow, perasaan aku, aku bangga pakai Baju Melayu bila di luar. Aku rasa ada a sense of belonging bila pakai Baju Melayu. Ada identiti. Kalau orang tengok, dia tahu, chances are orang ni orang Melayu. Aku tak cakap pakai macam zaman nenek moyang kita, bertengkolok dan bercapal. Praktikal la. 

Nak difikirkan pasal alasan, alasan apa yang nak diberi? Kalau nak beri alasan panas, kenapa orang perempuan boleh pakai baju kurung siap dengan tudung? Kalau kainnya tebal, maka guna la kain yang sesuai. Apa salah guna kain yang dibuat baju kemeja untuk dibuat baju Melayu? Tak moden.. then kenapa orang Rusia dan beberapa negara Eropah dok kaji pasal bahasa, bangsa dan budaya Melayu? Mengkaji ok... they are studying about us.

Dari segi ekonomi la, pada fikiran aku, kalau ramai yang pakai baju Melayu, aku yakin industri pakaian baju pun akan berkembang, terutama tukang jahit Baju Melayu, pembuat songkok malah pengusaha yang membuat butang baju Melayu dan juga samping. See, secara tak langsung orang Melayu akan bantu orang Melayu. 

Know what... during my birthday week, aku nak pakai Baju Melayu selama 5 hari tu ke pejabat. Syok sendiri? Maybe but I'm gonna enjoy myself... 

So. Till the next sembang2, I would like to pen off now. 

Wasalam.


Sunday, August 20, 2017

Mutiara Kata

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Melihat dari adab dan cara kita berbicara sehari - hari, banyak yang boleh kita baiki pada diri kita, termasuk penulis. Saya nak sentuh hanya beberapa kali ni..

Pertamanya, kata - kata tatkala berjanji, tak kiralah berjanji dalam berkawan, dalam bekeluarga, dalam berkawan mahupun dalam hal -hal kerja atau rasmi. Kata orang, kalau dah tangan yang mencencang, bahu pula memikul. Kalau dah pandai berjanji, tunaikanlah. Rata - rata dalam zaman sekarang, kata - kata janji dianggap mudah.. dipandang ringan. Sekecil-kecil janji seperti setuju dengan pasangan nak tengok wayang tapi tak jadi sehinggalah memungkiri janji dalam berniaga mengakibatkan satu pihak rugi besar. Apa guna berjanji kalau tak ditepati (macam lirik lagu...)? Memungkiri janji bermakna berlaku zalim pada diri sendiri. Pengakhirannya, di alam barzakh juga janji dituntut.

Kedua, kata - kata dalam menyampaikan berita. Ini suatu keadaan yang sudah membimbangkan. Di zaman dunia tanpa sempadan kini, menyampaikan berita melalui alam siber, surat layang mahupun lisan sudah tidak ada penelitian atau siasatan. Apa saja berita yang dirasakan sensasi atau boleh membawa si pembawa berita manjadi tumpuan, walau seketika, berita yang diterima dipanjangkan terus tanpa usul periksa. Masing - masing mahu jadi wira atau orang terawal penyebar berita. Tidakkah terfikir seandainya berita itu palsu, satu fitnah atau kurang tepat? Lebih buruk lagi kalau menjatuhkan maruah seseorang atau menabur pasir dalam nasi orang lain. Tidak terfikirkah kalau perkara itu terjadi kepada kita atau orang terapat dengan kita?

Ketiga, kata - kata dalam perbualan seharian. Mengapa memilih dengan siapa kita berlaku sopan atau tidak? Tak boleh ke sopan dengan semua orang? Kenapa dengan bos boleh sopan tapi dengan adik beradik tak boleh? Walhal dua - dua orang tu diperlukan Kenapa dengan kawan boleh sopan tapi dengan peminta sedekah, berlaku kasar walhal dua - dua meminta duit sebab tak de duit nak makan. Tak boleh ke jangan cepat naik suara dan cepat melenting hanya kerana perkara kecil? Cuba telaah balik,  kalau kita di tempat dia, suka ke kita diperlakukan begitu?

Cukup la tiga huraian dahulu. Kalau ada ruang, kita sambung lagi tapi sebelum penulis menutup tirai, sebagai manusia yang lemah, cubalah kita sama - sama belajar menerima kekurangan orang lain dalam ketiga - tiga situasi yang tersebut di atas. Memang susah tapi cubalah. Mana tahu jiwa kita lebih damai kalau kita mudah memaafkan, bertolak ansur dan bersyukur.

Walllahualam

Sehingga di lain masa
Shazman

Thursday, August 17, 2017

Ikhlaskah Perjuangan?

Assalamualaikum...

Aku rasa terpanggil (kalau tak, tak de la aku nak celoteh kat sini.. ye dak... ) untuk berbicara tentang satu elemen penting dalam, boleh kata, semua yang kita lakukan, iaitu keikhlasan.

Kali ni aku nak sentuh tentang keikhlasan dalam perjuangan. Perjuangan di sini bermaksud usaha dalam merealisasikan matlamat kerja kita. Tak kira la kita ni pangkat tinggi atau rendah, masing - masing ada matlamat.

Dalam kita bertugas untuk mencapai matlamat, setiap kita pasti mahu merasa naik pangkat sebab lebih pangkat, lebih 'masyuk'.. gaji lagi besar la selalunya...  Soalnya sekarang, apakah nilai kerja kita ini semata - mata berdasarkan gaji kita sahaja tanpa memikirkan natijah hasil kerja kita?

Sedih apabila acap kali kita melihat ada di kalangan kita yang kononnya saudara seagama sebangsa yang kononnya satu kiblat, berlaga bersengketa sesama sendiri demi mencapai pangkat dan kedudukan. Sanggup mereka ni memfitnah, membuat tomahan tanpa periksa dan timbang tara. Menikam dari belakang sudah biasa bagi mereka. Tambahan sekarang ini mereka menggunakan facebook, whatsapp dan macam - macam app lagi lah dalam usaha mereka menjatuhkan orang lain.

Walhal, dalam sedar, mereka tahu diri mereka pun sebenarnya bukan la layak sangat pun tapi dari melihat orang lain naik pangkat, mereka mula membuat onar untuk menjatuhkan sesiapa sahaja musuh mereka. Macam inikah Islam? Macam inikah Melayu? Tak rasa jijik ke?

Memang dari zaman purba pun orang - orang macam ini dah wujud. Tapi pada zaman sekarang ni, apa salahnya kita matangkan diri kita dan lakukan apa yang kita belajar iaitu bersabar dan sentiasa redha. Orang lain dapat rezeki, kita terima keadaan sudah la. Kan semuanya Allah SWT dan tentukan?
Apa salahnya kita bersyukur dan gembira bersama saudara - saudara yang yang bernasib baik?

Aku tak kata kita tak boleh berusaha untuk pergi lebih tinggi dalam organisai kita. Tapi buat la dengan cara yang betul. Kalau ada orang yang lebih layak, kita beri sokongan. Bantu dia dalam kerja dia bila dia naik pangkat. Bukan buat onar supaya dia jatuh walau kita tahu kita langsung tak layak.

Ini salah satu sebab kenapa bangsa Melayu semakin hari semakin mundur dalam ekonomi. Kita tak bersatu hati dalam menjalankan tugas yang diamanahkan Kita kena ingat, organisasi kita umpama sebuah jentera dan kita ni sebagai komponen - komponen besar dan kecil jentera tu. Kalau satu komponen tak berfungsi dengan betul, jangan harap jentera tu akan berfungsi dengan sempurna.

Satu lagi persoalan terhadap golongan yang mengemari hasad ini, tidakkah terfikir mengapa kita tidak terpilih untuk naik pangkat atau maju dalam kerjaya kita? Apakah kelayakan kita? Macam mana personaliti kita? Kita ada jatidiri ke dalam kerja? Adakah kita bertindak melulu tanpa usul periksa? Berita yang kita kipaskan kepada orang lain, adakah sahih beritanya atau sekadar hembusan khabaran angin? Tak pernahkah dengar "Memfitnah lebih besar dosanya dari membunuh"?

Dari itu, muhasabah lah diri kita dalam kita bekerja sehari - hari. Perelokkanlah sasiah kita, pekerti kita dan jiwa kita. Belajarlah bekerjasama. Belajarlah untuk berkata yang benar. Belajarlah untuk tidak bersengketa. Semua ini sudah ada dalam minda kita, cuma syaitan meniup angin nafsu agar kita berpecah belah.

Renung - renungkanlah seandainya bermanfaat...

Sehingga di lain kali
Mohd Shazman

Monday, August 14, 2017

Greetings and Salam Bersua

Assalamualaikum...

Warm greetings....

Whoa.. seriously... I created this blog way back in 2007... My first post, in 2017??!!! Where was I during the past 10 years?? 🤔🤔🤔

Aaanyhow.. a warm welcome to myself.. a newbie in blogging... and welcome everyone to my blog.  Maybe its just now that I have a little interest in writing. I would love to express my opinions on everyday issues,  rambling about stuffs perhaps but I look forward to sharing my thoughts and ideas, which may I add shall be my own. I do not represent anyone or any organizations unless stated.

However, please share your thoughts and comments.. play nice please.. I am open to opinions and thoughts. My blogs shall be in English and Bahasa Melayu, whichever I feel like using.

So.. having said that.. I would like to sign off for now.

Till then
Shazman