Assalamualaikum.. and a good day
Sambil2 layan kopi O kat kedai mamak ni... kita sembang - sembang la kejap. Lagi pun tengah sejuk hujan ni, ilham pun mari...
Ok.. cerita sikit pasal Bajet 2018 yang dibentangkan oleh YAM Perdana Menteri. Memang bersahaja je cara dia, siap hentam pembangkang depan2. Memang aku suka la. Tak main la hentam belakang.. Anyway, kesimpulan intipati pembentangan boleh la kita buat macam ni..
Ok.. kita tengok ada banyak imbuhan yang kerajaan bagi pada pelbagai golongan rakyat. kakitangan kerajaan, para pesara, orang kerja sendiri, pekerja swasta.. semua ada imbuhan masing2.
Ok.. kita tengok lagi...
Hah... ada lagi... setiap anak lahir 1/1/2018 dan seterusnya, akan dapat RM 200 sebagai Dana Tabungan Permulaan.. Ni ada pulak pihak cakap BN tiru dia orang yang dah lama implement benda ni... SO WHAT??? Orang ambik idea kau, benda baik.. ada manfaat pada rakyat, kau cakap Alhamdulillah... bukan nak mendabik dada cakap orang tiru kau. Politician jenis apa korang ni... and bagi sektor swasta, ibu bersalin dapat 90 hari cuti, sama dengan kerajaan. Good. ok apa... ada siapa2 nak komplain?
Seterusnya...
Yang ni pun kerajaan Malaysia nak beri pada rakyat. INI PUN ada pihak kata kerajaan mansuhkan ke dua - dua tol di Selangor ni sebab memang dah tamat tempoh konsesi. Hello.. konsesi tamat pada 2038 daa. Kasi habis baca sekolah dulu... lagi 2 tol di Johor dan Kedah pun akan dimansuhkan. Tak cukup lagi? Ok.. DSN up lagi...
Kadar cukai pendapatan pun dikurangkan. Yang ni golongan high income pun merasa potongan. Lagi mau komplen ka? Yang pendapayan rendah macam aku ni, confirm2 tak kena cukai.
My point is simple. Apa yang kerajaan mampu beri pada kita, kita terima dengan syukur la.. how much can you demand pun? Jangan la banding kerajaan NEGARA Malaysia dengan kerajaan NEGERI Selangor atau NEGERI Pulau Pinang. Itu dua kerajaan negeri tadbir negeri masing2. Kerajaan Malaysia tadbir seluruh Malaysia TERMASUK SELANGOR DAN PULAU PINANG. kedua2 negeri ni pun makan hasil dari infra yang kerajaan Barisan Nasional dan siapkan lama dulu. ada la sikit pembangunan yang kerajaan pakatan buat. itu pun pembangunan yang banyak sia2.
Pulak tu, banyak mana sangat la kita nak expect kerajaan bagi? Br1M tiap bulan? Lemak la rakyat Malaysia.. confirm ramai tak nak kerja.. sebab aku tahu orang Melayu ni ramai yang pemalas. Cukup syukur la jugak kerajaan nak bagi.
Ha.. jap.. last... soalan paling best "Apsal dulu boleh je banyak subsidi, sekarang tak boleh?" ok.. ni abang long nak kasi jawapan. Dulu, berapa komoditi atau punca hasil negara kita ada? Padi, getah, minyak kelapa sawit, biji timah, emas pun ada. Sekarang ni? Beras kita impot. Getah.. orang banyak pakai getah sintetik. Minyak kelapa sawit masih dikecam oleh pihak barat yang nak lakukan minya soya dia. Biji timah dan emas... eerrrr... fikir sendiri la. Now just harapkan minyak. tu pun berapa tong sehari? Keluaran kita tak la sebanyah Arab Saudi untuk kita nak kawal harga minyak. Jenuh la kerajaan Malaysia nak bagi subsidi semata2 nak puaskan hati rakyat. Lepas tu banyak mana kerajaan nak tanggung hutang macam Jepun, Italy dan Singapore? Sebab tu ada GST nak tampung kekurangan pendapatan ni. Sebab tu subsidi dikurangkan (berapa lama orang Malaysia nak hidup ngan subsidi?). Jangan main hentam kerajaan je semata2 rasa tertekan. Pandang sekeliling. Bijak sikit dalam membuat perbandingan dan membuat penilaian. Cuba la belajar menjadi manusia beradab yang bijak supaya Malaysia kurang sikit ada orang - orang yang tak bertanggung jawab ni.
Till then
Wasalam
Shazman